Quantcast
Channel: As Life Goes On...
Viewing all 295 articles
Browse latest View live

Afternoon Tea at Shangri-La Hotel

$
0
0

It was perfect! kecuali bilangan menu semakin berkurangan berbanding my visit a few months back. Price? hahaa...tetap sama.

English set:
 - Savories ------- 3 sandwiches [mayo / salmon / tuna]
 - Scones --------- 2 with clotted cream and jam
 - Pastries -------- 3 [banana cake / mocha cake / fruit tart

Malaysian set:
 - Cucur pisang / kek lapis / apam balik / murtabak / roti jala / pai daging / keropok lekor / kek gulung / puding cendul / kek lapis chifon

Remarks: Dulu siap ada kuih lopis, pulut inti, tepung bungkus and cucur udang...Nyumm nyumm



Tapi kami okay jar, lagipun bukannya makan banyak sangat [kalori kontrol okay...hahaa]. Sekadar nak chill out on weekend dan menziarah Shangri-La jar...windu!


Antara keunikan Shangri-La selain bau-nya yang sangat harummm ialah centre piece flower.  Tersedia notes atas meja bersebelahan pasu menyatakan jenis bunga dan berapa jumlah kuntum bunga yang digunakan. Tak terbaca plak kami. Mabuk gulaaa...

Bila sampai tempoh tertentu, bunga-bunga nie akan dicabut walopun masih elok, rasa macam nak minta bawa balik rumah jar! hahaa




Garam Blanchan!

$
0
0

Sedapnya kalo dapat cecah garam blanchan hampar tikaq tepi bendang...aha! Kena pula cecah dengan buah remia, buah asam jawa muda atau buah pelam teloq....gulp! meleleh ayaq liuq cikjah kann....hahaaa

Tapi disebabkan ini cecah garam blanchan ala ibu kota, maka sekadar buah Sengkuang, Nanas Yankee dan Timun. Dah banyak kali kluar masuk kedai cari mangga, tapi takdak sebab sumer tokey kedai kata bukan musim mangga sekarang nie...aiihhh.
Nasib baik ada Nanas Yankee mahai yang manis melecass tu. Bila di cecah dengan garam blanchan yang pulun kami dok tumbuk [istilah moden ialah blender], fuhh! berdesinggg lazat. Nanas Yankee sebiji RM10 okay :)

Depa pakat dok tanya apa resepi kami buat garam blanchan yang lazat tahap meletop nie....urrmmm...kami pun taktaw, main tumbuk-tumbuk saja. Sukatan pun takdak. Janji ada blanchan, ada cabai melaka, ada gula, ada toyu dan sedikit asam jawa.

Jom colek!



Mygarden journal 150313

$
0
0

Cikjah masih ingat pokok karapole (pokok kari) kami yang ditogelkan akibat serangan ulat?
Haa!! Sekarang ia dah kembali happening. I am so excited!

Pokok karapole sekarang tengah lebat dengan daun yang segar, hijau dan demok. Harap-harap ulat ngek-ngekk tu tengah busy men-togelkan pokok kat tempat lain dan terlupa nak mai rumah kami...hahaaa


Cer tengok kebun dapur kami. Owh! kami sangat gumbira. Walopun sumer tanam dalam pasu, dan kami hari-hari sibuk  bekerja dan takdak masa sangat nak belek pokok-pokok nie, tapi Alhamdulillah...tenkiu pokok! kami sayang pokok kami ^______^


Pucuk labu ulam sepinggan

$
0
0

Tong Teng Tong Teng di ceruk dapur menumbuk, menumis, menggoreng, menghiris. Plink!! set lazat hidangan tengahari siap tersedia untuk dinikmati. To cikjah, selamat menjamu mata...hehee

- Masak lemak pucuk labu
- Cencaru sumbat cili
- Ulam platter + sambal belacan

Apa nak dikata? Semuanya bersatu dengan begitu sempurna.


Masak lemak pucuk labu nie memang terangkat abes. Tiada bandingan lazatnya. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata...Aiceh!





Patner untuk hidangan masak lemak selalunya lauk gorengan. Nak double the awesomeness kami goreng cencaru sumbat cili. Fuh! Beraroma wangi satu rumah bak kedai makan kak kiah. Bertambah selera!



Owh! Ulaman dan sayuran memang menjadi kegemaran kami. Ingat cikjah, makan seorang, berdua, berlima, berlapan atau bertujuh belas, presentasi makanan kena jaga. Cantik di mata, sedap di mulut.

Hahaaa...kami memang suka yang santik-santikk...heheee

Bakul bunga adik maniss

$
0
0


Kelebekk tang sini, kelebekk tang sana, akhirnya siap dua ketoi flower girl basket.
Segak dak?
Mesti lar segak cikjah kann...cun abes! Hahaa...
Bayangkan dari bakul ikan makcik pi market bleh bertukar menjadi bakul adik maniss pegi kutip ceri...Ahaks!
Lelahh ria kami dok gam span dan kain satin untuk alas bakul supaya gebu. Sampai melecet jari kena hot glue..ouch! Pastu pelekat renda, ikat reben, ikat net, tepek bunga....pheww!

Sudah siap, jom pi kutip ceri!


Making the hantaran

$
0
0

Not an easy job. Remeh, leceh, sepah and time consuming. Tapi kami enjoy! hehee


Perkara pertama harus dilakukan adalah mencari bahan mentah....hahaa..bukan ayam atau daging tapi bunga, riben, jemeki, renda, satin dan segala mak nenekk. Again, kami enjoy walopun sangat memenatkan. Mungkin sebab kami suka sopping kot....muaheheee.

My favourite shop is SSF. Untuk pertama kalinya kami memandu ke Balakong nun jauh di sana sebab nak pegi beli bunga murah dekat kedai borong Fah Lean Floral Trading. Fuhh! macam-macam bunga dan semuanya about wedding stuff ada di sana. Tak payah keluar masuk kedai itu ini dekat Semua House atau sekitar KL. Datang sini, semua ada. Nak kain satin pun ada, tak payah pi Nagoya...hahaa

Konsep layanan di sini ialah one to one. Means that setiap pelanggan akan dilayan oleh seorang jurujual dari mula masuk kedai, pilih barang sehinggalah ke kaunter bayaran dan masuk barang ke dalam plastik. Nah! amik ko....orang follow jar. Pada mulanya, kami tak selesa juga sebab susah kami nak buat pilihan bila diekori, terasa seperti artis sensasi...hahaa

Mungkin bagi para pelanggan yang tahap nak jadi Pak Abu, atau tokei kedai pengantin sangat bermanfaat sebab jumlah belian depa banyak tahap gajah. Macam pelanggan cantik macam kami nie, tahap belian macam siput sedut jar. Srutt..sruttt..

Maka, berlakulah satu insiden....jeng! jeng!!

Salesgirl indon nie attend kami. Ke hulu ke hilir dia ikut. Walopun tak selesa tapi bila kami dah decide nak beli bunga yang mana, depa sangat berguna dan itulah tujuannya pun. Namun, 5 jenis bunga yang kami pilih, semuanya tak ada! huhh! Dah lar lama dok pilih dan pikir, bila dah decide, stok tak ada. Buang masa. Kalo satu jenis tak ada, okay lagi. Tapi kalo dah 5 jenis pun tak ada....lagu mana wehh?

Tiba-tiba, datang dua pemuda ala-ala Pak Abu, tapi tak lar Abu sangat. Macam Pak Labu jar pun. Eksen hebat jar lebih tapi tak tahu budi bahasa dan tatabahasa. Straight depa mai tanya kat salesgirl indon tu. Padahal aku tengah bercakap dengan si indon tu suruh check stok bunga yang aku pilih.

Tapi kami okay lagi. Tak kesahlah sebab mungkin Pak Labu tu cuma sekadar bertanya. Tapi lepas tu....Pak Labu nie over plak. Cakap kuat-kuat bagi ini 2 kotak, bagi itu 5 kotak, bagi ini 20 kotak, tanya bunga nie, tanya bunga tu depan batang hidung kami. Maka, si indon tadi nie gedik lar....terkedek-kedekk nak pegi amik stok yang berpuluh kotak tu....ditinggalnya kami sambil menghulur bunga kepada dia untuk suruh cari stok...........................................................................................kuwang-ajaqq!
Dengan nada sinis dan kuat supaya Pak Labu tu pun boleh dengaq kami cakap "Haii kak, nak cari berkotak-kotak jangan buat-buat lupa cari bunga saya yang sikit nie"

Si indon tu sambil menggeliat gedik sebab teruja ada dua jantan order banyak dengan dia said "alarr dik, jangan lar pilih bunga yang dah tak ada stok"

and I said "suka hati saya lar nak pilih yang mana pun, saya yang nak beli. Mana saya taw ada stok ke tak. Sebab tu suruh akak check"

Ngokkk!!! mana aku taw bunga mana ada stok, bunga mana tak ada stok. Kalo dah tak ada stok, ampa jangan lar display jual! Dah lar kata ada stok, pastu bagi aku bunga yang salah! Super mengonggg betul.

Nampak tak, bila ada pelanggan macam gajah, ditinggalkan pelanggan yang macam siput sedut tersedut-sedut. Lepas tu kami pilih barang sendiri. Lega jugak sebab dah takdak orang dok follow montot. Uh!

Bila Pak Labu tu dah bayar baru si indon nie terkedek-kedek cari kami balik. Nak tebus rasa bersalah, dia cuba berbaik-baik dengan kami....uh! tak hinginnn aku. Sorry lar untuk kami say thank you to her. Kami rasa, salesgirl kat Fah Lean ni dapat komisyen based on their seling kot, tu yang pulun tinggal siput, ligan gajah. Tak efektif!


Selain tu, kami juga pecah rekod turun sopping kat Jalan TAR, Semua House dan kawasan sekitar setelah empat lima tahun tak pegi sana.
Huwwaaa!! kami pun tak sangka sebab kami memang tak pegi KL kalo tidak bertujuan atau sopping kat tempat sesak-sesak. Pergi Sin Yin, Yen Riben, Syarikat Bunga Ribbon, Nagoya and etc....pheww!



Sebahagian belian bahan mentah


Sepahnyaaaaaa rumah kami! sakit mata memandang.
Kerja-kerja bermula. Acara potong kain dan span. Bismillah...




Tudia! macam mana nak bawa balik kampung barang yang sebegini banyak nie? Belum termasuk my luggage and personal stuff lagi...Adoi!


Sebab tu kami tak bleh beli sedan car, kami kena beli MPV or SUV...hahaa



Ini citer panass hot hott!

$
0
0
Panas! Panass!! dan sangat Panasss!!!
uh!
Kipasss please!


Slalu orang cakap "Monday Blues". Sebabnya sumer pakat malas nak datang kerja selepas 2 hari cuti berfoya-foya on weekend. Pada kami Monday tak blues sangat. Kami suka monday sebab monday is my workout day...yeeehaa! [patutkah? hahaaa]. Kalo on monday kami tak dapat workout, rasa sangat tidak selesa dan lemah. Kami mesti dan wajib workout on monday. [this term is not valid jika monday ada dating...hahaaa].

As usual, kami join RPM yang sungguh hebat tahap gaban meletop. Let me remind cikjah one more time what is RPM --- it is a 50 minutes indoor cycling workout where you ride to the rhythm of  7 tracks powerful music + 2 tracks stretching. Take on the terrain with an inspiring instructor who leads the pack through hills, flats, mountain peaks, time trials and interval training. Estimated cycling of 25km - 30km and approximately 500 - 600 kcal burnt.  Sweat? berbaldi-baldi cikjah ooii.


Alkesahnya, ada sorang donkey nie cycling in front me. Every 2 minutes from track 1 until track 7 dia dok check handphone dia! Bayangkan selama 50 minutes he keeps doing the same thing! Annoying, irritating, distracting and assholing. He was so happy browsing his facebook, scrolling up and down, replying comments, texting, chatting and smiling. Cheesin! Tengah standing climb pun dia masih dok reply comment kat facebook!!!! Kalo RPMers sejati, while standing climb tu, nak sedut udara pun sesak taw. Merangkak-rangkakk.

Memang lar ikut suka dia nak buat apa pun, in fact kalo dia nak makan nasi lauk gajah waktu cycling tu pun nobody cares, tapi hang agak-agak lar. Jangan lar jadi sangat super mengongg. Distracting others!!!!!!!!!!!!

Kalo really ang sibuk sangat dengan facebook ang, tak payah lar masuk RPM. ang duduk jar kat lounge, minum kopi 80 cawan sampai muntah. Everybody is happy! makcik cleaner jar unhappy, sebab kena cuci sisa bakkutteh ang...Uwek!

Seriously kami memang tak kesah kalo dia cycling tak semenggah,  tak bersungguh-sungguh dan tak feluh-feluh which he really did dan tak kesahlar apa jua his situation or health condition but please think about others. Please be more sensitive and learn to think and respect others. We were here to cycle not facebooking or chatting. We are RPMers. Please learn how to respect others. Jangan jadi manusia sellfish! Buta hati buta akal dan buta budibahasa.
If he puts his effort to come and workout at gym, so do I. I've put 10 times better than him but I still think about others. I still respect others.

Kami memang tak tahan. Kalo 10-15 minit boleh lar tahan, tapi kalo dah 50 minit? Bakar kek pun dah masak taw. Kami bagi isyarat complaint to the instructor [sebab nak cakap memang konpom tak leh dengar. Music too loud] that the donkey was disturbing and distracting others and obviously myself and guess what the respond from the instructor?
The instructor just smile and geleng angguk bahasa badan "alar, takpalah. biar pi lah kat dia".
Adehhhh...........kesian. The instructor is a leader in a class. You lead 37 others cyclists in the class and not the only donkey! I appreciate a wise action from the instructor really. I spent my 1 hour precious time to enjoy my workout, to workout properly, efficiently and dedicatedly to the max. I was here for a reason. Not for facebooking. I can facebooking while shitting if I want too.

Akhirnya, we came to the final track.  Done my monday RPM. Yeyy!! Tercungap-cungap kami gasping for some air. Sudah lar panass terbakar. Skali lagi kami tengok the donkey grabbing his phone and replying comment on his facebook....again.  Nak update dia dah abes RPM kot. Awat? dia ingat dia justin biebier kar nak update every single things on facebook?  Bluek! A guy next to me also expressed his dissatisfying. Telling me that the guy should be banned from joining monday RPM workout and I couldn't agree more. I've complained but hampehh... maka, kami decided. That was it!


From my bike kami libass towel to him. Three times to get his attention sebab dia pulun dok focus texting on the phone. He turned and looked at me and I said [fiercely] "keep away your phone. You distracting others!" [siap dengan jegeii mata, kerut muka, kening terhangkat dan mulut sengett].
The donkey terkedu, speechless, blurred, turned back to the front and keep his phone away....and I walked out from the class without stretching hoping not to see any donkey dorking around the gym anymore. Panass!!!

I need ice screammmmmm!!!!


Collagen gen genn gennn

$
0
0
Mahukan kulit putih  gebu gebass? Putih melepak-lepakk, cekang tegang trang tang tangg?

Aha! Macam-macam dah ada sekarang nie. Yang tengah meletop di carta nombot satu sekarang nie ialah collagen! Harganya agak berpatutan dan some products dijual dengan agak murah sekali. Memang mampu milik lar. Hence, sumer orang mampu makan collagen dan berebut-rebutlah kakyam menjual collagen. Tapi hasilnya macam mana, berkesan atau tidak, tidaklah kami ketahui dan tidaklah dapat kami sahihkan apa yang depa dok claimed kat internet tu. Mungkin juga betul kulit jadi gebu, putih dan tegang, mungkin juga depa dok tepek gambar edit guna photoshop bagi nampak gebu, putih dan cekang. Entahlah. Kami dok pakai Lancome mahaii dah 7-8 tahun tak daklah sampai dapat effect macam depa dok kata makan dan guna collagen pung....errkk!

Kami tak penah terai. Kami agak kureng kalo kena makan ubat-ubatan nie. Tak kiralah ubat sakit kar, ubat santek kar, ubat kuyus kar...uh! Panadol pun kami takut! Euuuewwww...

Namun, ketika collagen sudah berada pada tahap 70% zaman kegemilangannya di kalangan hati wanita, kami terdetik lar juga nak try....mesti lar kan. Kami nak jugak lawa macam cikjah...hahahaa...tapi kami takut. Takut kesan pada kami jadi sebaliknya.

Persoalannya, sampai bila kami perlu consume certain product collagen to maintain kegebuan dan keputihan melampau tu? Sampai bila-bila? Ada side effect tak? Mana lar taw, tiba-tiba in long term jadi demok kar kan...uh! Sesetengah produk tu takdak certification dari pihak tertentu pun. Ramuan campuran apa pun kita taktaw. Berlandaskan produk marin semulajadi maka kita sumer yakin. Macam kita yakin dengan kopi atau produk tongkat ali. Sedangkan kandungan tongkat ali sangat sedikit berbanding ramuan yang lain.

Tanpa mencari, kami came accross about sorang retis nie tengah hebat dok pomot product collagen dia. Tak jual kat counter. Belian online melalui ejen-ejen dia saja. Boleh pilih nak COD [Cash on Delivery] atau courier. Harga tetap sama dan berpatutan.  Tapi hakikatnya, kami slalu jugak terserempak dengan retis nis kat shopping mall, kat restaurant dan memang kulit dia putih gebu pun sejak baby. Dah memang keturunan santek :)

Rata-rata ejen pakat dok pomot diri masing-masing. Whatapps or sms. Style zaman sekarang kan cikjah, dah takdak phone call lagi. Main whatapps saja. Free katakan...hahaa.

Ejen 1
Kami pun whatapps lar kat ejen nie. Kami nak COD. Ejen tu replied kena tunggu asben balik kerja...uh! pastu suruh mai amik kat rumah dia yang jauh dan jams tu...uh!-------okay fine. KIV her. Not interested. You advertised ada service COD, but ask customer pi collect sendiri. You silap advertise kar cik kodah?

Ejen 2
Call ejen lagi satu, best! dekat dengan my area. Bleh COD within 1hour. Woww! cepatnya. Fantastic! Bila tanya produk dia set yang mana, dia cakap set A. Alahhh....Set A [lama] kandungan kuantitinya sket. Set B [baru] kandungan kuantitinya dua kali ganda dari Set A tapi cuma tambah RM25 jar. Of course kami nak Set B. Tapi ejen nie licik. She keeps saying repeatedly dua-dua set sama jar. sama jar..sama jar...pastu suruh amik dua kalo tak cukup. Hello! you ingat I tak blajar sejarah kar? Takkan kami nak bayar RM150 untuk dapatkan 600g sedangkan kami boleh beli 600g dengan harga RM100?? Hellooooo! Alasan dia set B [baru] tu tak kluar lagi. Bulan depan baru boleh jual. Ek elehhh!! Nampak sangat muslihatt sebab ejen 1 boleh jar jual kat kami....nie mesti dia nak abiskan stok lama dia. Mesti lar dia takmo rugi. Tak baik meniaga macam tu. Straight away kami said till next time though...baibaii

Ejen3
Hebat betul iklan dia.

Cepat! Set B [baru] sudah kluar. Kandungan lebih banyak. Dapatkan segera. Ramai pelanggan beli dan repeat purchase. Cepat! jangan ketinggalan. Promosi hebat! Terbukti berkesan.

Haaa...lebih kurang begitulah iklannya. Terliurr kami. Peluang bagus nie. Kami pun call.

Kami: Kak, set B akak boleh COD to........bla...bla..bla...
Ejen: Owhh...set B akak tak amik lagi dik. Akak kat kampung sekarang nie......

Larrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.............................cikjah pikir sendirilah. Malas kami nak tulon elaborate. Nyampah!

Ejen 3 dan Ejen 4
Call henpon tak hangkat and never return call.

Demikianlah kesah sedih kami nak beli produk collagen. Bukan nak kata lar kan...tapi inilah hakikatnya bila orang meniaga kita pun nak meniaga. Orang nak santek, kita pun nak santek. Sebab tu kami tak suka online purchase nie. Indah khabar dari rupa. Cakap, sumer orang boleh cakap. Tulis, sumer orang boleh tulis. Sumernya indah-indah belaka. Nak pomot bukan main guna nama retis. Letak gambar retis. Tumpang gelama nama retis. Tapi bila nak bagi serbis? Alahaiii......kesian.




Kerastangan ---- Bridal bouquet

$
0
0

Pening juga dok fikir macam mana nak buat bunga tangan yang lawa dan menawan. Se-tema dengan baju, tidak terlalu over dan tidak terlalu simple. Yang penting budget. Uh!
Memang cantik dan lebih terserlah jika kami gunakan bunga-bunga segar, tapi almaklumlah semua perkara DIY dan sumer kontrak kerja kami tender, maka kami tidak mampu untuk menerima apa jua komplikasi sebelum majlis dan berpendapat adalah lebih mudah jika kami gunakan bungan tiruan sahaja. Sebulan sebelum majlis berlangsung, dua bouquets bunga tangan dah siap dan kami boleh fokus kepada perkara-perkara yang lebih major gitu...chewah!



Kami gunakan bunga-bunga yang simple dan berwarna lembut sahaja supaya tak over-shadow baju pengantin.


Kain net digunakan untuk memberi bayangan fantasi...Aiceh!


Rapikan susunan bunga dan ikat kemas supaya bunga kukuh di posisi masing-masing. Maklumlah, bunga tangan nie akan dibawa ke hulu ke hilir. Nanti ada yang tercicir tengah jalan plak....eeuww!



Taraa! siap dah.







Surprise birthday party is cancelled!!!

$
0
0
Halloo!

First of all, kalo cikjah prasan [sebab kami memang prasan]....sejak akhir-akhir nie banyak jugak kami dok komplen and share with cikjah pasal itu ini. Maaflah...bukan merungut atau kaki komplen mengadu domba, tapi kami cuba mengenengahkan perkara yang tak sepatutnya berlaku dan menimpa kami, cikjah dan sesiapa jua. Harapan kami smoga kita sama-sama dapat iktibar dan kepada yang termakan cabai tu janganlah dok buat benda yang tak sepatutnya kepada orang lain. Apa yang penting pada kami ialah komitmen dan budi bahasa.

Kami ada satu lagi aduan rakyat...heheee
Citer sedih giles! Frust tonggeng pun blum tentu bleh cover the sadness...uhukk!

I went back kampung for 10 days for a wedding feast. Wahh! lamanya cuti cikjah. Kenduri 7 hari 7 malam ker hapa? hahaa...
Kebetulan my bff birthday falls one day before the wedding date. Nasib baik cik gayah tu dah rsvp awal-awal nak attend the kenduri siap volunteer nak cuci periuk belanga bagai. So, dapatlah kami plan a surprise party and celebrate ramai-ramai kat kampung nanti.  Yeyyy!!!

Two weeks sebelum balik kampung, kami dah survey kedai kek paling best and meletop-letop kek ciptaannya. Maklumlah, kalo kat KL ada banyak kedai kek dan pelbagai pilihan. Tapi kalo kat Aloq Setaq nun, macam mana? Memang ada kedai kek atau tukang buat kek best, tapi kena survey lar, maklumlah dah hampir 15 tahun jadi orang KL...Ahaks!

Akhirnya, kami jumpa satu kedai kek best. Dalam internet, facebook bukan main dok tepek gambar kek bagai-bagai. Kiranya, kami yang sangat fussy and perfectionist nie terus merasa kagum dengan produk yang dipaparkan. Giles cantik dan harga berpatutan.

Kami pun called and ordered a cake. A special RVC [red velvet cake]. Kenapa special? Ahaa! Special sebab kami customised the cake design. Kelasss ko jah! hahaa. Right after I placed the order,  I sent my cake design photo to the baker via MMS. After 1 day, kami pun SMS the baker sebab she didn't reply my MMS. Bila kami tanya dapat ke tak my MMS, dia kata gambar tak dapat tapi yang lain-lain dapat. Meaning she got the text only.  Larrrr....dah lar tak dapat, dia dok diam-diam saja. Sebab tu kalo kami buat apa-apa, mesti WAJIB follow up. Tapi my MMS went through though. Maxis ni memang nak kena taw.

Then, kami re-send the MMS and followed up by a SMS to notify her that kami dah re-send the MMS [back up plan in case she didn't receive the MMS]. Tudia! sampai begitu skali....hahaaa.
Mestilah cikjah, kami planned a surprise party. Bukan suka hati party.
Again, she didn't reply me. Kesian. Awatlah orang meniaga nie malas nak layan customer??? Tapi bukan main dok iklan kat internet suruh call atau sms for order....haishhhhh

Oleh kerana kami seorang yang sangat organize, sebaik sahaja sampai ke Alor Setar dari Kuala Lumpur, first thing sebaik turun highway kami pegi kedai kek kakak tu instead balik rumah. Tujuan kami nak tunjuk sendiri gambar design kek yang kami order tu. Dah 3 kali MMS dia kata tak dapat. Nak email lagilah....confirm malas check e-mail. SMS pun malas nak reply.
Bila kami tanya dia dapat ke tak the MMS, dia jawab "haaa...gambar tu akak dapat. So, u nak design macam tu lar yer? okay...kak boleh buat"

Fuhh!!! dapat rupanya. Cikjah nampak dak? Macam nie ka berniaga. Takpalah, tak payah bising-bising. Kami bleh tarik nafas lega untuk seminggu lagi sebab segala persiapan penting untuk surprise party dah settled.

The day has arrived. Party scheduled at 3pm. Chewah! Pukul 10am dah kluar rumah excited bawa keta nak pi amik kek. Lalaaalalaaaa...
Tiba-tiba my tepon berbunyi. Trutt! truuttt!! truuttttt!!!

Me: Hello
Akak baker: Hello. Hari tu masa mai kedai akak, ada buka order memo tak untuk RVC?
Me: Tak. Saya pi kedai akak hari tu sebab nak tunjuk design kek jar sebab akak tak reply SMS and MMS saya.
Akak baker: OOooo...tak buka ehh?
Me: Kenapa kak? Saya sekarang on the way nak pi amik kek nie.
Akak baker: Kek depa tak buat sebab haritu u tak buka order memo.
Me: Apa nie kak? Dua minggu lepas saya called dari KL and placed an order, akak kata confirmed. Patutnya akak lar yang buka memo order kat sana. Pesepa nak tunggu saya pi kedai. Saya tak kata nak pi kedai untuk place an order pun. Akak pun tak dak cakap apa-apa langsung pasal kena buka order memo.
Akak baker: Tu lar...akak lupa. Takpa...lar nie lagu nih. Kek dah ada cuma nak kena buat icing. Boleh dak mai amik kek lepas sembahyang jumaat. Pukul 2.30pm macam tu.
Me: Saya ambil pukul 1.30pm. Sebab esok ada wedding, saya ada banyak benda nak settle hari nie. Banyak tempat nak pegi dan kat rumah pun banyak benda nak kena buat.
Akak baker: Oooo...pukul 1.30pm.  Boleh..boleh..
Me: Kek red velvet dah ada ker kak?
Akak baker: Oooo....u order RVC noooh...kena bakar kek dulu lar. Yang ada sekarang sponge kek jer lah.

Chaitt!!!! nie yang buat kami nak carutt nie.....EeeeEEeeeeeeiiiiiii geramnyer!!!!!!!
Tadi cakap kek ada, cuma tinggal nak buat icing jer. Sekarang cakap kek takdak plak, yang ada cuma sponge cake. Kalo sponge kek, akak bagi makan itik jerlah. tak hingin saya buat surprise party makan sponge kek...uh!
Budak kecik celebrate 1 year birthday pun makan chocholate cake taw!!!!
EeeEeeeeiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terbakar, koyak rabak bagai dirobek-robek. Hancur segala plan. Jadi mala petaka jadinya. Awat lar jadi lagu nie? Macam mana nak buat surprise party kalo takdak kek? Alahai. Awatlar orang yang berniaga nie susah sangat nak bertanggungjawab, amanah, jujur, dan berdisiplin. Customer dah order, jangan lar ambil sambil lewa. Lupa atau terlupa is absolutely NOT in the dictionary of orang yang berniaga! Kami order plak bukan pagi nak amik petang on the same day. Kami order 2 minggu awal. Siap SMS, MMS, tepon dan to make it perfect, dari KL kami pi kedai kat Aloq Setaq nun!! Tak cukup lagi kar segala effort yang kami lakukan to make my plan berjalan dengan lancar dan jayanya???

Bayangkan, kalo cikjah di situasi kami dan nak pulak cikjah tempah kek spiderman kar, barbie kar untuk anak cikjah yang kecik tu? alahai! kesian dan hampa anak cikjah. Hanya yang menanggung paham akan maksud kami.


Kami persembahkan, inilah cake design yang kami special request tu. Tengok gambar jer lar...................sebab ended up kami cancelled the order!
Peniaga macam tu tak layak dapat duit kami atau peluang berniaga dengan kami. Uh!
Boleh jar kami nak disclose nama kedai, alamat, no tepon bagai kedai akak baker yang tak bertanggungjawab tu tapi biarlah....biarlah...orang macam tu bisness tak lama kot.

Walopun kami redha dan mungkin bukan rezeki kami, tapi apa yang kami nak sampaikan kat sini ialah komitmen dan disiplin sangat penting kalo nak berniaga. Setakat pandai cakap manis mulut citer seringgit jadi sejuta...forget it lah. Tolonglah wahai peniaga terutama yang dok advertise bagai nak mampusss kat blog, facebook dan mana-mana laman sesawang, jangan lar sekadar indah khabar dari rupa. Meluat! Kalo tak segak, tapi dok edit bagai guna photoshop bagi nampak segak, jumpa live ketahuan jua cikjah oiii segak ke tak segak. Bluek!


Serbatakkenaa Sari Spa

$
0
0

Lagi kesah aduan rakyat first party experience untuk panduan dan penilaian cikjah sekalian alam.

Secara umum, kami tak gemar online purchase. Peluang untuk kena tipu atau tertipu adalah sangat tinggi. Maksud penipuan  yang berlaku di sini bagi kami ialah kualiti barang atau servis tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Ini nyata, jelas dan seringkali berlaku.  Penjual mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka secara online melampaui batas dan di luar kemampuan. Semuanya yang terbaik dan terindah namun penjual gagal menawarkan barangan dan perkhidmatan serta memberi commitment yang terbaik dan setimpal. Ibarat cikjah beli emas, tapi bila dapat, gangsa rupanya. Kecewa.

It is a trend and life is easy nowadays di mana kita boleh beli barangan atau perkhidmatan at discounted price online. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti ini like Groupon, MilkAdeal, Living Social, Super Deal, My Deal dan banyak lagi. Seumur hidup, kami tak pernah beli.
Namun, disebabkan kami telah tertarik dengan satu tawaran hebat yang sangat berbaloi, maka rekod bersih kami telah tercalar. Kami telah terpedaya hinggakan TERbeli 90 minit pakej spa untuk lulur dan full body massage. Wow!! what a bargain! Iklan pun meletop-letop, of course lar model mat saleh pakai bunga kat telinga tengah kena massage kat tepi pohonan hijau dan frangipani bertaburan walopun iklan itu untuk market rakyat Malaysia. Heran betoi! Awat nak boh gambaq omputih haaa? Well, can't blame me though. I am a spa-goers. I can't resist! I'm going! hahaaa

Lagipun, ia datang ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Kebetulan badan kami memang penat selepas 10 hari bertungkus lumus kerja kenduri kawen dan bowling tournament 2 weeks ago. Kami berpendapat, inilah masanya untuk memanjakan badan....uishhhhh! tak sabarnya nak massage....yey! yeyy!!

I don't expect much sebab kami tak brapa suka buat spa treatment yang kedainya located at shop houses. Pertamanya sudah tentu takdak garden dan tumbuhan hijau untuk mengharmonikan suasana dan pastinya dikelilingi dinding konkrit. Tak natural. Tapi online ads dan website spa tu bukan main lagi santek. Bunga frangipani bertaburan gitu. Ramai pula yang bagi testimonial best-best dan sangat berpuas hati. Maka hati kami sedikit terubat.

Sebaik langkah pertama diatur memasuki premis spa, huuu-mak-haiii!!! takdak bau wangi-wangian spa langsung! Takdak music spa, tak dak pasu bunga pokok hijau dan takdak penyambut tetamu beruniform batik jawa tersenyum manis menyambut kami. Signboard nama kedai pun takdak!!!
Yang ada seorang pekerja yang berpenampilan kurang memberangsangkan hinggakan terselak t-shirt belakang dan mempamerkan spendernya di pinggang! Uh!! This gonna be great! hahaaa

Sambil pekerja yang kusut masai itu tersandar di kerusi tanpa senyuman dan wajah mesra, kami diajukan soalan olehnya samada nak tambah minyak aromatherapy atau tidak. Jika mahu, bayarannya ialah RM10. Hurmmm...kat online ads takdak cakap apa-apa pun. Anyway, no thank you. Not interested.

Proses melulur bermula. Sangat cepat dan kasar. Cuma 8 minit saja. Selepas lulur, kami  ditanyakan soalan samada nak mandi terus atau tunggu lulur kering, without hesitate dengan pantas kami menjawab nak mandi terus. Kerna kami sudah tidak tahan dengan suasana di dalam bilik lulur. Lantainya berminyak dan licin seperti tidak dimop dan bau lulur atau aroma bilik itu tak wangi langsung. Tapi katanya itu lulur lavender. Betul kar yang kami dengar tu lavender? Ker spenderr? hahaaa.

Lagi satu penyeksaan bila kami terpaksa shower di dalam bilik air yang dirty! Santek lagi bilik air kami kat rumah. Tak melambangkan bilik air di sebuah spa langsung. Ianya lebih kepada macam bilik air rumah orang bujang lelaki [sorry...ini perumpamaan...hahaa]. Shower glass beqetangg kelabu, perimeter dinding lantai berlumut dan kulat, berus gigi dan ubat gigi serta sabun mandi cap May bersepah di atas rak. Main baling-baling jar....huuu-makkk-haiii!!! Lebihan lulur di lantai bilik mandi masih jelas ketara. Memang kotor lah. Terletak sebuah jacuzi besar di sudut bilik  mandi. Kosong dan berabuk pianggg. Lepas mandi, kami di-offer bed slipper. EEEiiiiii!!! selipar tu kaler putih, tapi dah jadi hitam legammmm. Sangat legammm!!! Uwek! tak lalu kami nak sarungkan kat kaki kami. Takpalah kak, kami kaki ayam atas lantai licin dan berminyak ni pun kami rela.

Tiba pula sessi urut badan. Owh!! apakah salah kami?? Berapa lama lagi penderitaan ini akan berakhir? Seriously kami tidak dapat merasa badan kami dipicit-picit. Ia umpama kami upah seorang tukang urut tulon sapu losen kat badan kami. Tak ada pressure dan teknik urutan yang sangat teruk!!! Tak pernah kami rasakan urutan yang sangat bencana itu. Eeeeeiiii!!! Ngeri! Baru urut separuh kaki, kami ditinggalkan tanpa makluman hampir 5 minit.  Pegi mana kak oii? Hupdate status facebook ka?

To make it more memorable, the tukang urut sepanjang masa dok batuk dan burping! Uwekk! Walopun dia pakai mask tapi adalah sangat tidak sesuai. Dah berpuluh tempat dan spa kami pi, mana ada tukang urat yang dok belahak atau burping sepanjang kami diurut. Kononnya, kalo tukang urut burping, angin badan kita di-transfer ke badan dia...kununnn lar. No manners! Lepas tu asik nak bersembang dan gelak kuat. Hey! kamonlahh. Orang datang spa nak enjoy silent ambiance, aroma wangi bunga-bungaan dan herba, alunan lembut spa music supaya dapat relax dan nikmati urutan. Ni tak, dok tanya itu ini buat silly jokes dengan volume yang super high. Baru nak awang-awangan, terkejut dia batuk plak.

Lega bila sessi urutan ataupun sapu losen itu selesai. Namun, ada satu lagi bencana. Kami diberikan hot wet towel untuk lap sisa-sisa minyak di badan........but! the towel sangat busuk okay! Tak leh nak identify bau apa. Bukan ros, bukan lavender, bukan melur, bukan herbal tea tapi lebih kepada towel jemur tak kering. Bau sabun atau softlan pun takdak. Uwek!

Cepat-cepat kami pakai baju ambil beg dan keluar dari spa yang menggerunkan itu. Tobatt kami tak mo mai dah. Hinsaf!!!
Di-iklankan konsep dan perkhidmatan spa inspired by Samporna island, tapi macam Serbatakkena island jar. Kami harap spa itu dapat memperbaiki mutu servis perkhidmatan dan berusaha untuk memuaskan hati pelanggan. Takmo tipu-tipu indah khabar dari rupa. Tak aci taw! Nasib baik beli at discounted price, kalo bayar at full price...huuuu-makk-haiii...I want my money back!!!

Kami terus balik rumah tak sabar nak mandi dan shampoo rambut. Tak sabar nak get rid the losen smell from my body. Rasa sangat tidak selesa. Lepas mandi, baru keluar semula  pergi dinner. Kami rela!

Moral of the story, jangan mudah tertipu dengan tawaran hebat atau istimewa di laman maya. Kepada depa yang dok advertise products and services online, janganlah ambik kesempatan dan menipu pengguna. It prooves my theory, online purchase sucks! 



Pak Lah Resort near ikan Bakar Umbai

$
0
0

Kata orang kalo nak buat aktiviti, tak leh plan sangat sebab takut kecewa. Plan punya plan, tetiba tak jadi....frust kan? Sobb..sobbb tepi tangga.
[Sila nikmati keindahan wedges baru kami captured and styled by Pienkcat...hehee]

Like this trip memang tak plan. Tetiba jar nak pi makan ikan bakar kat Umbai. Dah lama tak pi sana.
Depart from KL around 5pm, makanya kami stand by a back up plan. Manalah tahu, bila dah kenyang perut terasa macam malas plak nak drive balik KL. OTW to Melaka, kami called booking bilik in case nak over night. Nasib baik available.


Kalo ke Umbai, kami suka makan di Parameswara. Kedai yang paling hujung sekali. Sekarang bukan main lagi kedainya, dah extend lebih besaq dan selesa. Kiranya mampu menampung lebih ramai pelanggan di dalam satu masa.


Jeti baru nelayan dan perkhidmatan bot ke Pulau Besar pun dah siap sepenuhnya. Lebih besar dan selesa.


Walkway menuju ke perkampungan ikan bakar terapung Umbai.




Kami selesai makan sekitar jam 10.30pm. Nah! ternyata benar apa yang diramal. Kenyang perut suka hati, kami tak larat pandu, mahu tidoq sini...hehee
Lagipun kami agak mabukk that night. Mabukk ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ketam bakar! hahaa....lazat dan berbaloi!


Kami checked in at Pak Lah Resort at Kampung Pulai, Serkam. Just 5 minutes drive from Umbai.
I came accross to know this resort masa buat survey about accomodation near Umbai last year.


Terdapat banyak homestay di sekitar Umbai yang menawarkan suasana kampung, tetapi bagi kami tempat ini lebih kepada resort. Sebab itu pemiliknya Kak Aishah dan suami letak nama Pak Lah Resort ketika ianya dibuka pada awal tahun 2011.  Resort yang terletak di Jalan Haji Sharip nun di hujung kampung ini memang sangat cantik! Kawasannya luas, bersih dan kemas. Kalo tak masa kan hati kami terpaut...hehee

Resort ini mempunyai 1 Family room dan rasanya kalo tak silap 7 Deluxe room. Harga sekitar RM120 - RM150/night tanpa breakfast.

Salah satu Deluxe room yang mengadap laman utama.


Deluxe room yang berada di bahagian tepi.


Blok deluxe room bersebelahan dengan blok Family room.


Walkway


Family room


Reception office yang sangat cantik.


Pemiliknya Kak Aishah adalah seorang kontrator binaan dan mungkin sebab itulah, beliau bijak dan memahami serta sangat menitik-beratkan keseluruhan penampilan resort ini. Kami kagum dan adore senibinanya yang cantik dan kemas.


Ruang di dalam Deluxe room.
Sangat bersih dan selesa.


TV dan  sinki


Kamar mandi


Kami sangat puji resort ini kerana pemilik cukup menitik beratkan setiap aspek yang ada. Lihat saja penyangkut baju di dalam kamar mandi ini. Memang bergaya!


Details dan prihatin...air freshener juga turut disediakan di dalam bilik. 


Pewangi juga turut digantung di dalam kamar mandi.


Tersedia Surah Yasin dan senaskah Al-Quran di dalam setiap bilik penginapan.


Bench ukiran kayu.


Katil nya juga cantik.


Kawasan laman resort yang luas dan bersih.




 Gazebo


Kebun sayur yang diusahakan oleh pekerja resort.


Perimeter fencing  mengelilingi resort.


Entrance


Kami suka gabungan kebiruan bunga Plumbago, tiang batu dan the red post box. Sweet!



Kawasan kampung di luar resort


This is how my hotel room always looks like when I check out.
Nampak macam baru nak check in jar kan? hehee....

Kami tak boleh lar nak tinggalkan bilik sepah-sepah. Tuala sepuk sini sana, cadar dan selimut bergumpal atas katil. Bantal baling-baling jar. Sampah, plastik, botol air ataupun bekas makanan di tinggalkan macam tu saja di atas meja atau cabinet...eeeeiiii!! kami pantang betul. Mahu plak yang check in tu orang pompuan. Mak budak kar, anak dara kar yang penting kena kemas dan bersih. Bukan susah pun kan. Memang rutin harian. Remember cikjah, it reflects your true personaliti...Ahaa!


Jangan risau kalo di resort tidak tersedia breakfast, terdapat banyak kedai makan di kawasan kampung. Inilah pertama kali kami breakfast ala Melaka. Sangat menakjubkan! Kami terkejut bila melihat orang kampung yang datang makan di kedai nie sumernya makan nasi lemak lauk ikan bakar dan siput goreng cili. Uh! Pukul 8am dah ada ikan bakar? Depa pakat dok sedut siput macam makan tengahari....Wowww!!! Memang ini pengalaman pertama kali bagi kami. Kami ingat Kedahan jar sarapan berat-berat like nasi goreng, nasi lemak, pulut dan sebagainya sebab ia telah menjadi budaya Kedahan kerana pada zaman dulu kebanyakkan Kedahan adalah petani. Sarapan berat diperlukan untuk memberi tenaga membanting tulang di sawah. Tapi, lain pula di Umbai ini, mungkin sebab perkampungan di tepi pantai, maka mereka mewah dengan hasil laut. 


Lepas sarapan, kami jalan-jalan di sekitar kampung. Nice place!



Sebelum balik, kami posing madonna buat kenang-kenangan. InsyaAllah, panjang umur  kami datang lagi dan hope kak Aishah bleh bagi diskon lebih lagi sebab tolong pomot ikhlas.....weeeEeeee!!!

Kalo cikjah datang Umbai dan tak tahu nak bermalam di mana, jemputlah datang ke Pak Lah Resort. Memang selesa, cantik dan bersih.




Happy Birthday Pienkcat!!!

$
0
0
Here it comes again!

Weeeeeeehaaa!


Happy Birthday Pienkcat! yang ke berapa biarlah rahasia...Aiceh! Janji gojes meletup pommpommm!...Ahaks!

Owh! Wondermilk Cirque Du Lola cake yang lazat! Gulp!!


As usual, birthday bash took place at Shangri-La Hotel. WeeEeeeeEeee!  


Taking advantage of public holiday on Labour Day, kami celebrate birthday one day in advance.


A surprise birthday cake from Shangri-La. Happy woot! woott!

Amazingly, in the Lemon Garden Cafe there were 5 others happy person celebrating birthday just like me. The Birthday song berkumandang  sini sana di dalam restaurant! Memang sangat meriah! Tak pernah kami experience such a situation like that. MAY babies rowk! hahaa


Makan...


Makan...


 Makan...


During this visit, Madonna Lily berdiri mekar di tengah laman hotel.


....and I've got another surprise!!!!

Suka tak? suka tak??  Terkezutt ahkak!



Thank you and I really love this!



After membanting tulang di office on 2nd May, kami shoot off to Publika. More parties! Yeeeehaa!



Makan mee jawa plak. Sepinggan besaq gedabak! Jangan tamak nak order sorang sepinggan. Memang sesuai kongsi 2 orang.


After that, makan lagi.....hahahaaaa

More cakes at Wondermilk at Publika.
Owh my! Minggu yang penuh dengan kalori.....and suddenly I realized that this week I've done one hour workout class only...Ahaks!
Okey fine! minggu depan ganti balik. Back to back classes...promise!




Wondermilk nak tutup kedai pukul 10pm, well......terpaksa lar kami balik rumah...hahaaa
Anyway, I had a fantabulous days today and yesterday!


 Happy Birthday Pienkcat!



Sedapnya kami masak!

$
0
0

Arghhhhh!!! pedulikan mereka-mereka yang cuba tunjuk pandai about GE13. Itu salah, ini tak salah. Ini betul itu tak betul, kotor, rasuah, tipu....uh! It's an endless list.
Apa yang penting jangan sesekali menjatuhkan maruah negara sendiri! Jangan sesekali merobek perpaduan dan keamanan yang sekian lama terpelihara! Berfikiran matang lagi bersih dan jangan biarkan emosi mengawal kewarasan dan kemurnian hati. I have my own favourite party tapi berbicaralah secara berhemah kerana apa saja yang keluar dari mulut kita nie melambangkan siapa diri kita yang sebenar.

Dah! tak mo beletiaqq, bukannya ada orang dengaq pun kot noo....hahaaa
Jom tumis gulai jomm!


Pusing merata cari ikan merah tapi takdak. Pi Giant pun takdak ikan merah...ikan merah penat kira undi semalam kot...hahaaa
Tak kesah lar guna ikan apa pun, kalo dah gulai sedap, sedap juga yer dak? Ahaks!


Ada pucuk jangguih [daun gajus], tomato dan pegaga. Hat nie tak payah  describe banyak-banyak. Memang jelas sedap dan pelbagai khasiatnya. Tak payah tumis, masak bagai. Makan begitu saja. Tapi harus diingat, presentasi hidangan harus bermutu yaa...Wink!


Ada ulam, mestilah ada sambal belacan-nya. Kali nie kami tumbuk sambal belacan mangga. Power!!!


Set menu ini memang perfect! Gulp!! Gerenti makan nasik tambah. Terbayang keheningan, keharmonian dan kedamaian suasana kampung. Tak perlu lauk lain dah [sila goreng ayam kalo tak makan ikan...heheee] Cukup macam nie saja. Iskkk! sedapnya kami masak....Ahaks!



Mygarden journal 150513

$
0
0

Tuai pandan antara deco dan masak.
Apakah ianya akan kekal sebagai hiasan semata atau mungkin bertukar menjadi juadah memenuhi citarasa? Ahaa!

Masih lagi bermain di fikiran..........
......sehinggalah ke saat ini....hahaaaaaa.
Maaflah daun pandan, tatkala ini kami tak punya waktu nak main masak-masak. Aiceh!


Yes! Kami dah dapat satu idea baru. On last Friday, lepas balik kerja kami tergedik-gedikk nak gardening. Maka kami pun tukar uniform tukang kebun dan berkebun dengan gembiranya....lala..lalalaaa.

Tapi tak cukup masa, sedang asik berkebun dah masuk Maghrib. Kami stop dan sambung semula selepas Maghrib. Yes, sambung semula selepas Maghrib. Kami potong rumput se-kebun! Wahhhh!!! kami memang benar-benar hebat! hahaaaaa
Potong rumput di kala malam ditemani lampu neon dan cahaya bulan. It was a good idea. Kami tak perlu risau akan selaran cahaya matahari. Kami tak perlu risau kalo-kalo jadi hitam. Ahaks!


Tidaklah pula kami menyangka, pokok kami yang nie akan berbunga begini. Terasa seperti di hutan tropika. Hampir di semua dahan berbunga macam nie.


... dan Frangipani kembali lagi...Yeyyy!!!

Mekar harum semerbak taman kami.




Another private villa stay in Ubud, Bali

$
0
0

Aloha from Ubud, Bali!

WeeeEeeeEeee.....kami kembali ke Ubud for the fifth time and still feel its charm. Maaf cikjah, kami memang Ubud addict.

Bersiap sedialah cikjah, kerna entry ini agak panjang dan cikjah mungkin akan mabuk kerna dek tempelan foto-foto yang banyakkkkk...hahaaa
As usual kami sangat suka untuk berkongsi dengan cikjah. Mana lar taw, kalo in future ada yang ingin mampir ke Ubud, dapat jugak buat pilihan mahupun rujukan.


Untuk lawatan kali ke-5 ini, kami opted to stay at Tegalalang about 7km from Ubud town. Masih lagi berkonsepkan percutian private villa stay, kami memilih to stay for 8 days 7 nights at Infinity Villa yang sangat super awesome!

Infinity Villa hanya mempunyai 3 private villa sahaja. 2 villa untuk twin sharing dan satu villa besar  untuk family. Lokasinya, SubhanAllah! Seluas dan secantik mata memandang. Terletak di tengah-tengah lautan sawah padi yang sangat indah! Tidak terzahir di mata kami kerna untuk merasainya cikjah harus datang sendiri. Memang kami dah biasa sangat-sangat dengan bendang di Kedah, tapi di Ubud mahupun Tegalalang ini, sangat luar biasa indah dan nyaman. Lagipun padi di sini ialah jenis padi bukit.  Namun, sewaktu kami di sini, padi baru sahaja dituai dua minggu yang lalu. Masih cantik, namun suasana ketika padi masih menghijau selepas sebulan di tanam ataupun menguning ketika hampir masak adalah lebih luarbiasa cantik. Jika cikjah datang ketika padi sedang menguning masak, it's absolutely an icing on the cake.


It's a two storey-villa with private pool. Sangat dingin dan sejuk walopun tanpa penghawa dingin. 


Living hall


Max, the villa owner is a Canadian yang telah lama menetap di Ubud. He is a photographer artist. Gambar-gambar di dinding villa adalah hasil seni beliau. He also owns a gallery in Ubud town.





Keluasan villa sangat besar dan selesa. Kami suka suka suka!


The pool! Amazingly designed overlooking the beautiful rice fields.
Sangat dalam. Lebih kurang 3m!











Hampir setiap pagi, kami dapat melihat penduduk kampung yang rata-rata adalah petani turun mengerjakan sawah. Salute all the farmers here! Sumer kerja-kerja tani di sawah masih dilakukan secara manual. Tiada sebarang machine. Hanya kabota yg ditolak secara manual ini yang kelihatan. Itupun hanya satu atau dua unit dan dikongsi sekampung.

Semua kerja-kerja menuai padi dilakukan secara manual dengan tangan. Bayangkan betapa traditional-nya Balinese. Hebat!

Kami percaya cikjah pasti jatuh cinta jika ke Ubud.


Dekat sangat bapak nie dengan villa kami.
Kalo bapak dahaga, minta jar ayaq kat kami naaaa.....hahaaa


The bathroom


The shower.

Fresh towels and housekeeping everyday.




Bathroom door leads to the pool. Terus terjun! Tapi kalo mandi shower sila tutup pintu, nanti farmer nampak...heheee




Fully equipped kitchen.






My supplies for a week.



Huge walk in closet.




Sabun Taharah yang memang dibawa khas. Beli kat kiosk kecantikan RM4.90 jar.


Sumer peralatan dapur siap disamak.


Jemur periuk belanga yang telah disucikan.


 Bekalan ikan bilis tempe goreng cili juga dibawa khas dari Malaysia.


Jajan dari Giant.

Next time datang kami nak bawa belacan dan rempah gulai....hahaaa



Okey, let's go upstair!


Main door to the bedroom.



Tingkat atas khusus untuk kamar tidur sahaja. Sangat luas, cozy dan dingin. Best!





Glass wall panel yang memisahkan bedroom dan outdoor bathroom.


Open outdoor bathroom. Malam-malam bangun pipi ada kelip-kelip....hahaaa



The balcony


Petang-petang lepak tengok bendang with a cup of coffee....arrrghhhh! That is holiday.




Pemandangan indah dari balkoni. Sungguh tenang, aman dan damai. Inilah percutian gaya kami :)


Swimming pool viewed from the balcony.




The garage.


Sebaik tiba, kami dijemput oleh Nyoman, the villa driver at the airport. OTW ke villa, he dropped me at the supermarket Dewata untuk stock up barang dapur selama seminggu. Rasa macam tolak trolley kat Giant plak...hahaaa






Taraa! Beli tak banyak pun sebab I don't plan to cook tahap meletup. Inipun tak habis when I left the villa.

I have been provided with a cell phone with free credit by Max. Very convenient. Sumer nombor penting berkaitan villa, restaurants around Ubud, spa houses, clinic and etc sumer ada dalam contact list. Namun begitu, kami kurang mahir guna tepon ini....hahaaa...kami touch-touch apple jar :)


Breakfast was served in the villa every morning. Setiap hari sebelom 7pm, kami called Mina, the villa cook untuk order menu and breakfast time for the next day.


Putu, one of the housekeeper is serving the breakfast.



Yummy breakfast!


Wahh! cikjah masak kar? heheee


Yeaa...I did cook. Kecil-kecilan saja. Ingat nak tumis gulai, tapi kat sini takdak daun karapole...Ahaks!



Telur besar, telur kecik.



One of the dinner I had in the villa. 


Nasi padang packed from Restoran Minang at Ubud town. This menu cost me approximately RM23.



Selepas padi dituai, memang banyak bebek. Rata-rata sawah ada bebek lompat-lompat. Comel and quacking nonstop sampai pukul 2-3 pagi. Bayangkan tengah malam tidoq tejut sebab dengar bunyi itik....hahaaaa...comel.


Garden in the villa.





Walkway to my villa.




Pemandangan di sekitar villa. Sawah yang sudah siap dibajak.



Inilah Honda Scoopy yang sangat adorable! Sekarang di Ubud, tengah hot speda kayak gini. Comel!
Kami sewa speda for a week dengan harga RM100. Wooooo best! Vrom! Vromm!!

Selalunya as per my previous visits, bila dah sampai Ubud baru kami akan sewa speda sebab di Ubud terdapat banyak pilihan kedai sewa speda. Namun untuk kali ini kami dah booked speda secara online 3 months before departure sebab kami tahu lokasi villa kami agak jauh dari Ubud. Sebaik check in di villa, Pande the motorbike renter delivered the speda to me at the villa. It was perfect! Mudah.


Untuk makluman cikjah, Ubud is best explored with motorbike. Highly recommend. Jalan raya di Ubud sangat kecil dan lebih kurang jalan raya kita di kampung. Jalan kampung di Ubud pula sangat kecil skali malah di setengah desa boleh dikategorikan sebagai denai.


Access road to the villa property.




Infinity Villa dari kejauhan. Memang takdak rumah atau penempatan lain di kawasan sekitar. Macam mana kami jumpa villa nie?
Ahaaa!!!
Inilah hasilnya kalo cikjah rajin dok survey, buat research and read reviews online. Tapi sebenarnya, tak banyak review about villa yang baru berumur 3 tahun ini. Namun, sebaik sahaja kami e-mail the villa owner, terus beliau reply kami dan gave me a video to watch. Owh my! kami jatuh cinta. Immediately kami buat reservation 3 months prior departure.

Upon reservation, kami kena bayar 50% and the balance of 50% in one month upon arrival via PayPal. Sangat mudah. When I arrived there is no check in registration papers or anythings. I've been handed the villa key and when I left, I just handed it back. That was all. Easy.


Rate during my season was USD120/night. Quite reasonable and I've got very comfy, spacious, almost new villa and beautiful surroundings. I've stayed at villa with rate USD250/night before tapi memandangkan tempoh menginap agak lama sehingga 7 malam, maka kami opted for this villa instead of my favourite resort at Ubud Village Resort & Spa. Lagipun, kami nak cuba merasa sesuatu dari kebiasaan.


Pemandangan indah.


Inilah  jalan keluar masuk ke villa kami. 800m gravel and dirt path only surrounded by magnificient rice fields. Awas!! jika cikjah tak terer bawa speda. Hati-hati.
Bayangkan bawa speda pulang ke villa di kala malam? Memang gelap....tambah pulak hujan......dan tiba-tiba muncul plak anjing ntah dari mana.....owh no! uh! memang kenangan manis and it was absolutely fun! Kami blum pernah merasa naik motor waktu hujan. Inilah pertama kali [kesian].


Di Ubud, anjing adalah binatang peliharaan kesayangan. Dogs are everywhere. Kami jumpa kucing tak kurang dari 5 ekor. Kesian meoww-meowww. Hinggakan kalo naik motor, terpaksa bagi hon dekat anjing supaya anjing ketepi jalan dan beri laluan...hahaaaa...memang lawak!


Bukit yang tinggi.


After 800m gravel and dirt path, barulah jumpa jiran----another villa.


The Infinity Villa sign.


Bebek!




Lihatlah cikjah.
Ini adalah pemandangan biasa di sekitar desa. Kami rasa sungguh sedih dan bangga.
Bangga sebab kami dilahirkan, dibesarkan serta tinggal di Malaysia. Sedih sebab jika kita ingat kita susah, ada orang lagi susah dari kita. Oleh itu, janganlah kita dok komplen sangat. Bersyukurlah.


Locals biasanya mandi, basuh baju mahupun cuci motor di tali air sawah di tepi jalan raya. Baju-baju pula dijemur di atas tanah.

Kadang-kadang kami nampak a family; ayah cuci motor, ibu cuci baju while 1-2 kids mandi-manda di tali air sawah di tepi jalan happily.

Setakat mandi naked tepi sungai tu adalah normal...ops! kami nampak tutup mata...heheee




Jalan desa menuju ke Ubud town.



Typical jalan desa/kampung dengan rumah di kiri dan kanan jalan.


Sampai tang nie dulu citer kami. More photos and experience in another post...soon!



Campuhan Ridge Walk at Ubud, Bali

$
0
0

 A  must do activity while in Ubud. Don't miss it! 
Sangat super best! Untuk ke Campuhan Ridge Walk ini, cikjah boleh pilih samada di waktu pagi atau petang. Kerana khuatir keadaan cuaca yang tidak menentu, kami pilih waktu pagi. Memang panas, namun suasana nyaman pagi sungguh mempersona.


Seawal jam 6.15am kami sudah bangun. Di Ubud, pukul 6.30am sudah terang benderang, jadi takdak masalah untuk keluar awal pagi. Kami sampai ke starting point sekitar jam 7.15am.


From Ubud Town towards Jalan raya Campuhan turn right at Ibah Warwick resort. Take left and go down the lane.


You will see school on the left side.


You can park your motorbike (if taking) here at the school compound. Mulanya macam pelik jugak kann....boleh kar? Tapi bila tanya orang yang lalu lalang, depa cakap boleh and it was confirmed by one of the teacher there.


 Kedai jajan in front of the school. Yang bulat elok atas lantai tu ialah doggie okay....tengah tidoq.


This is the starting point. Walk down underneath the bridge. You need to carry your bicycle (if taking) at this area.


Take it easy. It just a 2km breathtaking stone-path trail and plus another 1km gravel and dirt village route to a magnificient Karsa Kafe.


The Campuhan river flowing hard at the beginning of the trail.




Don't panic. The trail a bit messy due to the temple construction.


After passing the construction site, ahhaaAA! inilah yang menanti. Let's get started!








Seluas mata memandang. SubhanaAllah! Pemandangan di sini memang sangat cantik.


Memulakan perjalanan ini, rasa ralat plak tak bawa payung. Ahaks!
Hangat lit-lit taw walopun blum pukul 8am. Itulah gambaran kami, betapa rileks dan santainya melakukan aktiviti ini. Mana ada orang climb bukit bawa payung....hahaaa
Perjalanan agak turun naik namun takder yang dasat sangat sampai temengah-mengah. Namun begitu peluh tetap peluh. Cikjah jangan lupa bawa towel.





Sewaktu kami berada di sini, tak ramai pengunjung. Hanya sesekali berselisih dengan foreigners yang taking their dogs jalan-jalan dan satu dua orang petani tempatan.



Lalang yang dipotong dan disusun kemas and left there to dried up naturally.



Bila dah sampai ke bungalow besar milik mat saleh ini, maka tamatlah pendakian. Tak terasa 2km sudah berlalu. Kami teruskan perjalanan for another 1km.



At the end of the trail you will find a few options of guest houses. bed & breakfast and bungalow stay.




Cantiknya! Padi sedang menguning keemasan.


Yes! I found my petrol station.


This is Karsa Kafe. It's time to refuel before retun back to where I started.


So, dont forget to take some cash with you. I had a lovely breakfast here.





Lokasi kafe ini sangat hebat! dikelilingi lautan sawah padi yang sedang masak ranum. Dah lar best daki Campuhan Ridge, dapat plak breakfast and lepak-lepak kat tempat yang santek macam nie. Hilang penat.




Must try the banana pancake. Delicious!




Fish feeding. Cikjah bleh beli pallet ikan dengan harga Rp.5k (RM1.50). Ikan jengoi di permukaan air terus buka mulut. Cikjah tabur pallet terus masuk perut....takdak kunyah-kunyah. Kira telan terus....hahaaa





Okay, after breakfast dan fenat pun dah hilang, kami berjalan kaki another 3km patah balik ke tempat kami mula tadi iaitu ke Ubud. Another option untuk pulang ke Ubud ialah dari Karsa Kafe, terus berjalan kaki for another 6km melalui jalan kampung. Ataupun satu lagi option ialah hire a driver untuk pulang. Don't worry, kalo cikjah tak larat, ada driver service at Karsa Kafe dan sepanjang perjalanan ada local akan tanya cikjah jika mahukan driver. I was offered Rp50k (RM17) for 1 way. But I chose to walk and enjoy the scenery, lagipun ada.........Fewwitt! ada pakwe sexy, laju kami ikut blakang dia...hahaa


Kucing Bali nie terkejut tengok kami sebab cun kot....hahaaa


Amacam? Cikjah sudah jatuh chenta dengan Ubud? Ubud memang best! Banyak tempat menarik dan  suasana cantik. Check out for my next posts about Ubud....soon!



Ikan sumbat lulur asam jawa, ulaman & pajeri nenas

$
0
0

Kalo bab berulam, serah kat kami. Ulam kampung, ulam bandar sumer makan. Pukul rata! hahaa
Hari nie teringin nak makan ala desa, apa lagi kami pun toktektoktek kat dapur.


Ikan sumbat cili lulur asam jawa. Best! Resepi arwah tok Aloq Setaq kami. Memang favourite. Hanya ikan kembong sesuai dilulur macam nie sebab kulit-nya lembut dan pati asam jawa akan melekat elok  kat kulit ikan.

Cara: 
Masukkan asam jawa tanpa biji ke dalam lesung batu. Tambah air 1-2 sudu besar. Putar anak batu hingga terhasil jus atau pati asam jawa. Konsistensinya mestilah pekat supaya ia melekat pada badan ikan. Lulurkan pati asam jawa pada ikan bersama garam kunyit. Siap untuk digoreng. Boleh sumbat cili dalam ikan jika suka.


Opss! Ini bukan ikan hangit okay! hahaaa
Inilah hasil pati asam jawa pada kulit ikan setelah digoreng. Caramelized. Sedap!


Krup! krupp!!


Makan nasi mesti ada kuah. Set pelengkap hidangan ini yang sangat sesuai ialah pajeri nenas. Fuhh!! meletop!


Menu ala desa mesti ada ulam dan sambal belacan.
Nah! ulam bunga lengkuas petik kat garden kami.


Ulam platter yang cukup bergaya.


Simple tapi sedap.


Jemput makan....eh! can someone pass CoCo nasi please :)



Sari Organik Cafe at Ubud, Bali

$
0
0

More updates about Ubud. This entry spesel for a wonderful cafe called Sari Organik.
Actually, Sari Organik nie dah masuk dalam itinerary during my previous visit to Ubud on September 2011, tapi hari tu tak sempat nak mai. Alhamdulillah, during this visit akhirnya kami sampai. Yeyyy!!!

This restaurant can only be described as humble. It is settled in the middle of the rice fields, with a very nice view. Stunning! Sari Organik specializes in growing organic vegetables and rice and making other products that can be processed from local produce.


From Ubud town through Jalan Raya Campuhan, turn right into Abangan Bungalow.


Advisable to walk and no car can reach this restaurant. Only locals take motorbike through this small tiny alley which fit exactly 1 motorbike only!



After consulting a local, I took motorbike to the restaurant! Such a sensational ride! Scary and fun!


It's about a 20 minute walk outside of town and nearly 15 minutes by motorbike. You can't speed as the weather beaten path is super small. It took me a little longer because I kept stopping to take pictures of the ducks and rice fields. Tapi kami tak terkejut sangat lar sebab villa kami kat Infinity tu pun hampir sama macam nie kawasan sekitarnya cuma all the paddy had been harvested.

Mat saleh datang sini jalan kaki siap dokong baby lagi, ada plak tu yang bawa toddlers jalan bersama. They were so cool.


Please stop and give way to on-coming motorbike riders.



 Many local artist set up stands or small shop to sell their silver, art and various other items along the way. So bring extra money with you!


The farmers called it a day. All rice harvesting are done by hand by lady farmers.



Amazing views along the path.





Kawasan sekitar kampung juga bersih.


 Yey!! Finally arrived.




Subak (farming irrigation system) runs along the path.



Gossip dogs! hahaaa


Parking space provided.


Turn right to Organic farm.


Turn left to Organic restaurant.


The entrance of Sari Organik.

Terasa seperti balik  rumah tok kat kampung 25 tahun yang lalu.


Gazebos in the garden.



Cozy and nice seating area inside the restaurant.




This restaurant consists of two floors. Upper floor is for seating while kitchen  and washroom are located at the lower floor.


It was worth my while going to this restaurant. The wonderful trek through the rice fields and the view from the cafe are amazing. The food was great and most are vegetarian menu - I had a salad, nasi campur and fresh young coconut. Service was good and very friendly. Atmosphere is very relaxing. Price is honest.

 

Nasi campur sari organik. Yummy!


The home green salad is made with its own organic leaves grown in their own farm next to the restaurant. And it tastes so fresh!!!
First time kami makan raw pucuk jambu batu, pakis merah dan bayam kampung. Sedap!


Dining with this spectacular setting!



If you are UNlucky, you will get a soap opera channel! Yuckie! go get a room! 
Teruih tukaq channel...eh silap!...table.


Perhaps as a tourist we should respect local customs and follow high standards of courtesy. Jangan lar buat suka hati macam lar takdak orang sekeliling. Comolott seluk luar dalam di khalayak ramai...macam stray dogs dah rupanya....kat mana-mana asal boleh...gross!.......kesian................


Dah abes makan rasa macam tak mo balik. I can sit here one whole day and finish my favourite book. It was tremendously fabulous! A must visit place.



Ceking terrace rice field at Tegalalang

$
0
0

Owh! This is absolutely one of the most popular tourist spot. Rugi kalo sapa tak mai sini. Including this dah 3 kali kami mai sini dan terlalu banyak perubahan yang telah berlaku. Sangat ketara. Namun the terrace rice fields remained intact and gorgeous!



Perubahan yang kami maksudkan ialah, pembangunan di kawasan sekitar. Sudah ada banyak restaurant dan kedai-kedai menjual pakaian, cenderamata dan sebagainya di sepanjang jalan.  Dulu kosong dan yang ada hanyalah kawasan lapang untuk parking mobil dan bas.


Ceking terrace rice field ini memang SubhanAllah cantik.
Tak jauh dari resort kami. Sekitar 7km jar. Naik speda vroom vroommm 8 minit dah sampai.


Ini bukan longkang taw tapi sungai kecik. Airnya jernih dan sejuk skali.


New local restaurant called Terrace Padi Restaurant. Set on the cliff bank overlooking the stunning view of Tegalalang Rice Terrace with pure nature surrounds it. Memang sangat best!
Dok sini lepak-lepak sambil baca buku sampai tertidoq...hahaaa



Tambah lagi keriangan itu dengan hidangan santek begini! Mohon pengumuman, ini bukan honeymoon vacation. This is typical way of Balinese serving their dishes. Memang santek, romantic dan rasa sangat teruja lagi dihargai. Kami amat suka skali hidangan atau minuman yang ada frangipani. Walopun cuma hirisan buah-buahan dan ayaq nyioq tapi.....uhh! Fabulous!


Sepanjang percutian ke Ubud kali ini, kami banyak spent on makan. Sangat berbaloi dan puas hati tambahan pula layanan memang best. Mesra, lembut dan penuh dengan senyuman.
Kalolah Ubud nie banyak halal food, cafes or restaurants....lagi banyak kami hangout and makan!



Sambil minum ayaq nyioq, mata disajikan dengan pemandangan indah ini.



Boleh turun berjalan hingga ke kawasan sawah padi di bawah atau di seberang sana jika mahu.


Nenek baju biru tu sedang menjual buah manggis. Kesian. Kami tak beli sebab kalo kami beli, nanti ramai lagi yang datang. Rata-rata Ubudian adalah petani yang mengusahkan sawah selain membuat  pertukangan kerja tangan. Size sawah depa tak macam kita kat Kedah. Petak sawah depa sangat kecik lepas tu pulak terletak di kawasan berbukit dan tiada kemudahan jalan yang sempurna. Petani bergantung kepada air sungai dan hujan semata untuk pengairan sawah mereka. Semua kerja sawah dilakukan secara manual dan traditional. Belum ada mesin atau jentera. Kehidupan depa sangat susah namun tetap tersenyum. Industri pelancongan di Ubud ini sangat baik, cuma harapan kami agar Ubudian tidak tenggelam dengan arus kemodenan hingga hilang sawah dan tanah untuk resort, hotel serta restaurant. Biarlah Ubud kekal begini. Ubud sudah cukup cantik di hati kami.



Cer cikjah tengok pokok cabai nie. Tumbuh di celahan dinding konkrit tapi subur bukan main. Buah banyak dan demok-demok....haishh!

Kalo cikjah datang ke Ubud, make sure datang sini taw. Wajib!



Viewing all 295 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>