Quantcast
Channel: As Life Goes On...
Viewing all 295 articles
Browse latest View live

Mygarden journal 130514

$
0
0

Yeehuuu!
Tukang kebun ada mandor baru.
Cer tengok mandor tu...rilek dalam katil jar...uh!


Hari nie, tukang kebun ada projek mega. Abes pokok Cordyline dan lengkuas kena tebang. Tukang kebun amik kesempatan atas musim hujan sekarang nie. Lagipun, tukang kebuh dah planned elok-elok, tebang sekarang lagi dua bulan mesti pucuk baru dah merimbun santek. Time raya pun nampak berseri jar. Aiceh!


As usual, tukang kebun sangat berat hati nak tebang pokok berdaun merah nie sebab sumernya tengah mekar dan demok santek skali. Tapi tukang kebun nekad, nak santek sekarang atau nak santek masa musim raya nanti? Ahaks!
Cer tengok mandor tengah buat QA QC.


Tapi jangan risau, tukang kebun tak buang pokok-pokok yang ditebang tu, sebaliknya tukang kebun cucuk balik kat tanah. Secara tak langsung tukang kebun melipat kali gandakan jumlah pokok Cordyline. Pokok nie memang mudah tumbuh. Cucuk saja tapi mesti siram air yang banyak setiap hari. Memandangkan sekarang hari-hari hujan, tukang kebun rilek lar sebab tak payah siram...lalalaaa. Alhamdulillah. Right timing. Sebab tu planning itu penting. Gardening pun mesti ada planning taw cikjah.

Tips: Sebelum cucuk semula batang pokok bunga, buang atau kurangkan jumlah daun pada batang. Ini adalah untuk tidak membebankan pokok mencari makanan/sumber tenaga untuk jamu ramai anak-anak [daun]. Tinggalkan 5-6 helai daun cukup lar.

Menangiss tukang kebun kalo buang pokok-pokok nie




Rangoon creepers tukang kebun dah mula berbunga tahun nie, tapi tak banyak sangat. Macam malu-malu jar. Ada satu dahan tu penuh dengan bunga tapi menjalar ke rumah jiran pulok doh. Tukang kebun tak prasan pun. Bila berbunga baru nampak merah-merah kat rumah jiran. Ahaks!
Bila bunga sumer dah gugur, tukang kebung terus potong dahan/ranting yang menjalar ke rumah jiran.

Tukang kebun puas hati dengan hasil kerja kebun hari nie. Lepas nie kena membaja dan tak sabar nak tunggu sebulan dua lagi nak tengok macam mana hasilnya.

Happy gardening!




Perhentian, terhenti ku di sini

$
0
0

It's a beach holiday and it's the Perhentian island again. Yeyy!!!
Selamat berjemurr di pasiran putih nan gebu dan lautan biru seluas mata memandang yang pasti tiada jemu.

Arial view of Kota Bharu from the plane

Perjalanan kami adalah pada May 2014 dan dimulakan dari KLIA2 yang tak ubah seperti shopping mall. Interior yang cantik, pelbagai pilihan kedai tersusun baik, ruang menunggu yang selesa dan pelbagai kemudahan lain yang cukup memudahkan pengguna sesebuah lapangan terbang. Berada di KLIA2 cukup tenang dan lapang dada. Keadaan di International check-in sedikit sibuk kerana jumlah penumpang yang agak ramai. Namun, berada di domestik boarding hall cukup selesa. Paling teruja banyak kedai menanti cikjah untuk memberikan terapi minda. Shopping-lah sepuas hati. Soon, akan ada cinema di KLIA2. Tak boring lah kalo kena layover, transit atau flight delay. Ahaks!

The gigantic Kelantan River



Sebaik tiba di Kota Bharu Airport baru kami terdetik, inilah pertama kali kami menjejakkan kaki di negeri Kelantan. Wahh! Welcome to Kelantan.

Untuk ke Pulau Perhentian, cikjah mestilah naik boat di Kuala Besut, Terengganu. Airport yang paling hampir dengan Kuala Besut ialah Kota Bharu.  Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam dengan tambang RM78/teksi/sehala. Jika dari Kuala Terengganu airport, jarak perjalanan adalah sekitar 2 jam.

Alternatively, cikjah bleh naik bas dari airport ke bandar Kota Bharu dengan bayaran tak kurang dari RM3/dewasa/sehala (anggaran). Dari KB, bleh ambil teksi tempatan ke Kuala Besut. Harga teksi tempatan mungkin lebih murah berbanding teksi airport.


Kaunter teksi tersedia di dalam airport sebelum keluar dari arrival hall.
Jika cikjah belum buat arrangement untuk boat transfer, boleh juga dapatkan package teksi with boat transfer di sini. Harganya tak pasti sebab boat transfer kami sudah termasuk dalam package holiday arranged by the resort. Tiket boat transfer juga boleh dibeli di jeti Kuala Besut.


Kami tiba di Jetty Kuala Besut sekitar 1pm.
Untuk makluman, terdapat 2 waktu perjalanan boat:

Kuala Besut → Pulau Perhentian : 11am dan 2pm
Pulau Perhentian → Kuala Besut : 8am dan 12pm

Kami opted for bot 2pm due to the flight arrival time. Kami adalah antara last passenger untuk ke pulau sebab mostly kalo ke pulau mesti lar naik bot paling awal sebab waktu berada di pulau yang santek itu sangat berharga....hahaa
Maka bila dah cukup orang, bot terus jalan sekitar 1.30pm. Itupun lewat 30 minit sebab tunggu dua family baru sampai tak lama selepas kami tapi depa nak lunch dulu. Kami agak keliru sebab kat package resort memang tersedia lunch. Takpa, tunggu jer lah kan. Laparrr kot.

Senarai harga teksi di jeti Kuala Besut


Cuaca sangat baik. Speed boat melambung-lambung membelah badai Laut China Selatan. Uishh!! best sebab abang bot bawa laju sampai rasa nak tercabut baju...hehee


Yeyy-yeyyy!! dah sampai.Hati bergelora tergedik-gedik nak terjun laut. SubhanAllah cantiknya Pulau Perhentian.

Kali terakhir kami ke Pulau Perhentian ialah pada 2007. Dek kerana dok termimpi-mimpi laut dan pantainya yang maha hebat tu, maka sekali lagi kami ke sini. Terdapat Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Personally, kami lebih suka Perhentian Besar. Kalo bercuti di pulau, kami jenis yang sukakan percutian yang tenang, aman, damai dan diam-diam. Kami tak berapa suka night life, clubbing or what so ever yang mengganggu kedamaian percutian kami. Cukuplah sekadar menikmati keindahan ciptaan Allah, rehat sambail baca buku cerita, makan dan jalan-jalan kawasan sekitar.


Sekali lagi kami kembali ke Perhentian Island Resort (PIR) di Pulau Perhentian Besar.
Untuk makluman cikjah, pantai paling cantik di Perhentian ialah PIR. Tak hairan lah ramai kakyam dan abang john yang menginap di resort lain datang mandi dan snorkeling di sekitar PIR.


Tak banyak perubahan di sekitar PIR. Masih sama namun nampak dijaga dengan baik. Jeti sudah berwajah baru dan pokok-pokok di tepi pantai dah besar panjang berbanding 7 tahun yang lalu. Sayangnya pokok-pokok bunga hiasan di sekitar resort nampak tidak terjaga dan banyak yang mati. Mungkin sebab cuaca kering dan panas recently.

Jeti baru with handrail. Jetty lama tanpa handrail tampak lebih klasik dan bersahaja

Pantai PIR dengan butiran pasir putih yang halus

Jernih dan birunya air laut di sekitar PIR


Kos penginapan di PIR agak mahal berbanding resort di kawasan sekitar dan Perhentian Kecil. This is because they are selling the gorgeous beach.

Pada kami, harga mungkin faktor kedua sebab faktor utama ialah keindahan alam dan keselesaan tempat penginapan. Kami ambil Fullboard 4D3N Package. Tak payah risau apa-apa dah sebab all taken care. Kami tak amik snorkeling package sebab frankly speaking kami tak baper minat snorkle sangat, takut hitam dehh....hahaaaa

Kalo kami nak snorkle, kami bleh beli or arrange sendiri nanti. Lagipun, kami dah plan nak ke satu pulau yang sangat hebat nanti.


The famous view of PIR jetty from hill


Untuk makluman cikjah, Pulau Perhentian adalah pulau yang dikategorikan antara 10 pulau tercantik di dunia. Bangga kan? Yes, Malaysia cikjah. Negara kesayangan kita sendiri. Tring!


Waktu terbaik ke sini ialah sekitar May hingga September. Air laut berada pada tahap paling cantik ketika bulan September. Pada July dan August terdapat ramai pelancong dari Itali dan kalo orang tempatan nak ke sini, sila buat tempahan awal okay. Silap-silap kalo walk-in depa tak layan kecuali kalo cikjah menyerupai Julia Roberts. Ahaks!


Sama seperti last visit, kami stayed at Semi Suite chalet with ocean view.
Bilik luas, bersih, kemas dan selesa. Bilik dikemas dan fresh towel given setiap hari.





My room view


Juga terdapat Deluxe dan superior chalet dengan harga lebih rendah. Lokasi bilik-bilik ini terletak di bahagian belakang semi suite tanpa ocean view namun jika sukakan kehijauan alam, it's a good choice though.




Tidak seperti dahulu, sekarang dah banyak water taxi available di setiap pantai sekitar Perhentian. Cuma kami rasa tambangnya agak mahaii!

Dari PIR ke Long Beach RM10/seorang/sehala. Jarak perjalanan adalah sekitar 12 minit. Pegi balik dah RM20.

Dari PIR ke Fishing Village pun RM10/seorang/sehala dengan jarak sekitar 10 minit. Sebab tu kalo peak season, untung besar lar driver water taxi nie. Tambang paling dekat dan murah ialah RM5.
Percaya atau tidak, water taxi ini juga bersedia memberi khidmat ketika malam hari. Tambang taxi selepas 7pm adalah double dari kadar biasa.

Water taxi at PIR
Modern fiberglass speedboat used as water taxi




Fuhh! driver water taxi nie hebat taw cikjah, tahap rempit. Memang melambung sakit montot lar tapi best sebab teruja laju...hahaa

Kalo driver hat senior sket pandai elak ombak. Bot tu rasa smooth jar. Maklumlah banyak pengalaman di laut.




Cikjah, lihatlah keghairahan ini!!!
Super awesome!!!!
I told you that PIR has the best beach ever. Tak tipu okay...hahaa


Setakat nak bagi ikan makan, snorkeling or diving kat tepi-tepi pantai PIR pun dah puas. Sebab tu pantai PIR adalah lokasi tumpuan aktiviti snorkeling. Setiap hari, banyak bot berenti di tak jauh dari pantai menurunkan kakyam dan abang john yang excited nak snorkeling. Di sini juga adalah tempat favourite penyu! Yes, kami pun jumpa penyu kat sini. Besaqqq! Comel. Kami beruntung sebab waktu tu cik penyu dah bosan dok kat dasar laut, so dia nak muncul ke permukaan ayaq nak tengok burung, pulun lar we all follow dia. Dapat tengok. Cute sangat!


Kami jamu kepok goreng pun pulun ikan-ikan nie makang. Blup! blupp!! bunyinya.




Bayangkan kalo cikjah bawa anak-anak datang sini. Mesti depa excited. What an experience...


Cikjah baling roti terus ikan datang. Waktu macam nie cikjah snorkle...fuh! ikan-ikan tu swimming depan idung jar. Ada jugak lar kena geget. Ikan geget kat pelut, kat tangan dan kat bibir! hahaaa
Nakal ikan nie. Tapi tak sakit pun, geget semut jar.


Tapi ada kakyam tu dok terjerit-jerit "geli lar, geli...geli lar ikan-ikan nie..I geli"
Hishh! Geli telinga kami dengaq kakyam gedix dot com tu. Ahaks!


Cantik tak kerja tangan kami?
Bukan cucuq badak tau....hahaaa
Pasir yang mulus tu dikepal-kepal menyerupai batu. Ramai taw orang lalu lalang stop amik gambar. Kebetulan nearly sunset, jadi gambar nampak penuh dengan cerita.


Berada di sini, sungguh enak sekali. Laut yang cantik dan penginapan yang bersih dan selesa. Cuma ada beberapa perkara kecil yang kami tak berapa suka, rasa terkilan dan ianya sedikit mengecewakan kami. Benda kecil tapi di pandang enteng oleh PIR.

Pertamanya ialah quantity instead of quality.
Owh my! PIR adalah tempat tumpuan big groups. Kumpulan-kumpulan besar [mostly local] datang bersilih ganti. Tak ramai, sesebuah group cuma 15 - 50 orang SAJA! Kalo cikjah bertuah, mungkin ada 2, 3 big groups check-in at the same time. Nah! amik ko. Macam pesta!

Resort bayaq mahai yang tampak class, tenang dan damai terus jadi macam budget resort. Seriously it turns to a lousy resort. Less privacy. Yang datang tu plak tahap jakun. Mandi pantai terjerit-jerit dan terlompat-lompat. Maklumlah free trip. Company bayaq, organisasi bayar or etc. Datang bawa diri jar. Everything provided tu yang jadi jakun sesangat. Lagaknya macam mandi di pantai PD! Seriously lousy.


Mungkin juga depa tak penah pegi beach holiday. Kesian.
Other polite guests dok baring, rehat, reading and taking nap kat kerusi pantai sumer terkejut dengan kejakunan itu.

Jagalah adab dan susila. takkan lah kita tengok jiran kat kerusi pantai sebelah tengah taking nap tetiba kita nak jerit keloi kawan kat tepi pantai kan....memang kesian sangat.

Relaxing by the beach
Satu lagi, hampir sumer big groups yang datang sini will have some sort like gala dinner. Macam makan spesel sket lar dari guests yang lain. Dinner tu tak kesah cuma lepas dinner tu depa dok karaoke. KARAOKE!!!
Karaoke plak kat tempat terbuka di tengah-tengah resort. Dari pukul 8pm hingga 11pm! Hangit telinga kami dok dengan nyanyian sumbang. Paling geram tempat karaoke tu berhampiran dengan semi suite yang harganya paling mahai!

Kami bayaq mahai bukan nak dengaq segala kebisingan yang ada. Kami bayaq mahai sebab nak dengar deruan lembut ombak menghempas pantai, buka pintu terus nampak lautan biru dan menghirup udara segar bayu laut tak kira siang atau malam. kami ingin dekat dengan alam. Kami bukan nak dengar cheap lousy karaoke songs. Kami bukan nak dengar orang jakun mandi laut terjerit-jeritt. Like I said kalo cikjah bertuah dapat a few different big groups at the same time, mungkin cikjah akan dihidangkan cheap lousy karaoke session every single night. Muntah!

Please lar. Kami memang tak boleh terima. Kalo dalam setiap chalet tidak dibekalkan TV, apa maksudnya?

Ini maksudnya pihak PIR mahukan privacy untuk para tamu-nya. Tapi mengapa menghalalkan karaoke di tempat terbuka berhampiran bilik penginapan yang so called diklasifikasikan sebagai paling ekslusif dan mahai?????? Kalo kami nak suasana happening, riuh rendah dan meriah dengan night life, awal-awal lagi kami dah pilih  Perhentian Kecil but that was not kind of holiday that I was looking for.

Jika benar PIR hanya mementingkan QUANTITY berbanding QUALITY, maka kami cadangkan kepada PIR binalah sebuah bilik karaoke kalis bunyi jauh nun di hujung resort dekat-dekat dengan hutan sana. Mungkin skaligus dapat menghiburkan monyet-monyet dan unggas kesepian di hutan [entah-entah lari bertempiaran haiwan di hutan].

On top of that, ada plak tu sesetengah group gather ramai-ramai dan bersenam pagi dengan poco-poco diiringi muzik yang kuat di laman utama berhampiran restoran. Senak perut kami. Kami datang beach holiday yang penuh privasi, bukan datang kem motivasi atau bina diri.

This kind of ambiance is TOTALLY UNFAIR FOR SINGLE, COUPLE AND SMALL FAMILY HOLIDAYMAKERS. UNFAIR!

Untuk makluman cikjah, di PIR bayak chayanunalif tanah besar. Owh my, ini satu lagi hal. Depa nie attitude-nya agak kasar and no manners sket. Bercakap dengan volume yang kuat dan nak menyondol jar. Sebab tu sekarang dah tak ramai mat saleh kat PIR. Kalo ada pun datang mandi kat pantai jar.

Unloading 

Selain itu, kami juga agak terkejut dengan etika staff PIR. Seolah-olah tidak hormatkan tetamu sama sekali. Ada suatu hari tu memang hari stok  makanan baru untuk kitchen sampai. Keluarlah beberapa staff lelaki dan wanita muda [macam trainee jar] dok punggah barang dari bot angkat masuk lori berasap diesel yang agak kritikal busuknya untuk dibawa ke kitchen. Namun, sepanjang proses hampir 1 jam itu, masyaAllah... sangat bising dan mengganggu ketenteraman tetamu di pantai. Para pekerja terjerit-jerit bising sambil kerja-kerja memunggah barang di pantai di mana betul-betul berhadapan deretan semi suite chalets dan kerusi pantai di mana ada tetamu sedang berehat, taking nap and reading. So unbelievable! Kalo dah etika staff PIR sendiri dah macam tu, tak heran lah kalo karaoke session itu adalah perkara biasa.

Sepatutnya, kalo ikut hospitality book, mana boleh macam tu. Privacy dan keselesaan tetamu adalah keutamaan. Banyak resort dan tempat bercuti kami dah pegi, ada setengah tu para pekerja dilarang menonjolkan diri pada tetamu. Namun kerja-kerja penyelenggaraan berjalan lancar dan sempurna. Sangat privacy.

Entah di mana silapnya, semi suite sebelah kami dihuni oleh 8-12 orang dalam satu bilik. Owh my! Bayangkan??? Bilik yang comfortably homed 2 adults and 2 kids or maximum 3 adults itu dihuni oleh 8-12 orang remaja lelaki dan perempuan berbangsa cina tak taw dari negeri atau negara mana. What do you expect when 8-12 adults in a room during beach holiday? Party beb! party!
Bunyi pintu ditutup dan dibuka jelas kedengaran ke bilik kami bila malam menjelma. Selewat 12.30am masih lagi aktif dengan pelbagai aktiviti. Malam pertama kami selamat sebab depa blum check in. Malam kedua, seolah-olah ada unggun api circle di dalam bilik sebelah. Singging, clapping and shouting excitedly. Sabar. Kami sabar. Mungkin holiday spirit. Takpalah, biar kami terganggu sket. Kami hormat jiran dan tetamu lain. Sabar.

Beautiful day on PIR beach

Malam ketiga, juga sekitar after midnight, setiap 1 minit, bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup. Kedegang! kedegangg!! orang keluar masuk. Adeh....tidoq asik terkejut-kejutt jaga. Dah lar penat sebab letih mandi laut siang hari. Malam plak tak bleh tidoq. Kami dah tak sabar, kami keluar dan jenguk bilik sebelah. Kebetulan pintu bilik depa sedang terbuka. Wahhh!!! penuh berhimpun atas katil. Masik aktif dan ceria. Keadaan bilik sangat semak dan bersepah. Beberapa orang sedang minum canned beer di luar bilik. Terus kami cakap baik-baik minta kerjasama supaya jangan bising dan slow down their volume.  Lagipun dah lewat malam. Alhamdulillah, lepas tu keadaan jadi senyap dan tenang.

I did ask the reception tentang situasi bilik sebelah kami;

Me: Excuse me, how many person checked-in kat bilik x?
PIR: Oooo...sekejap saya chek [sambil mencari-cari senarai bilik].
        4 orang. 
Me: Betul ke 4 orang? I tengok kat dalam tu ada lebih dari 8 ke 10 orang. [dalam hati: Aikks?! bukan maximum in a room 3 adults jar ka? *confuse*]
PIR: Oooo...mengapa cik? Bising ker? Dia bawa kawan-kawan dia la kot cik, itu bukan masalah kita [resort] lah cik. Makan pun bukan masalah kita sebab  kita provide ikut berapa orang check-in saja.

Owh my!!! Bukan masalah resort? What kind of brain dead answer by the resort reception. Kalo macam tu, kami check in untuk twin sharing pastu malam kami hangkut family kami, family cikjah, family kakyam, family kakton dok ramai-ramai dalam semi suite yang mahai tu. Agaknya bila share kos, sorang bayaq RM5 jar. Jimat giless! Lagipun, resort bukan kacau. Bukan masalah resort. Who cares!
Ini tip untuk cikjah taw, jangan membazir nak amik banyak bilik. Amik satu bilik cukup. Muat untuk satu kampung. Jimat!

PIR beach

Keduanya ialah sampah. Dari pengamatan kami, big groups nie agak cenderung membuat dan membuang sampah di sekitar pantai terutamanya selepas aktiviti berkumpulan. Botol-botol plastik dan tin minuman, plastik bungkusan makanan, kotak rokok di tinggalkan begitu saja. Puntung rokok bersepah di pasiran pantai terutamanya sekitar kerusi pantai. SUNGGUH KAMI SESALI SAMA SEKALI. Pantai milik kita yang cantik dan bersih pasti tercemar sekiranya perkara sebegini berterusan.

Satu-satunya lunch meal yang kami rasa agak membuka selera

Ketiganya, makanan.
Makanan kat sini memang awful. Bukan kami nak memburuk-burukkan tapi inilah pengalaman kami. Kalo cikjah baca review kat internet tu, bersepah orang dok komplen about the bad food at PIR.
Sejujurnya, kami sendiri sudah terkena food poisoning masa first visit tahun 2007. Kami datang 4D3N jugak. On day 2 kami muntah, pening dan loya hingga kami tak dapat buat apa-apa for the entire day. Whole day gone. Nasib baik datang 4 hari. Kalo tak, rugi giles bayaq mahai.

Sungguhpun kami agak ragu-ragu sewaktu nak decide untuk kembali menginap di PIR disebabkan makanan-nya, namun kami cuba pejam mata sebab memikirkan suasana pantai dan laut PIR yang maha cantik itu. Kami ambil risiko sungguh pun kami agak risau sebab mostly reviews mentioned about the bad food. Tapi, bukankah 7 tahun sudah berlalu? Kami pasti sebarang langkah untuk memperbaikki mutu serta kawalan standard PIR telah dipertingkatkan.

Namun, kami salah.

Kali ini, kami terpaksa berebut-rebut makanan dengan big groups! Kalo datang lambat, makan lah apa yang ada atau kena beratur panjang macam kat dining hall boarding school. Kesian.

Seriously sepanjang 4 hari berada di PIR, kami makan untuk kenyang dan tenaga sahaja. Tak enjoy pun. Takkan tak makan pulak sebab sumernya dah dibayar dalam package. Mahai kot.  Kami tak faham kombinasi menu oleh F&B. Untuk makluman cikjah, selera kita ketika berada di pulau agak lain. Tambahan pula selera akan dipengaruhi oleh kepenatan badan akibat aktiviti mandi laut & snorkeling serta terik cahaya matahari. Tiba-tiba waktu lunch ada gulai daging kambing yang pekat likat dan ayam masak  merah yang berasaskan sos semata [bukan cili kisar]. Apakah?
Kembang tekakk nak makan. Sayur plak sungguh layu dan kusam. Tidak menyelerakan.
Kami tengok masakan nya sumer berkuah pekat dan likat berasaskan sos semata. Ada satu menu tu, sambal belacan dan ulaman siap ada ulam petai dan jering dihidangkan pada waktu makan malam. Sungguh pelik sekali. Hidangan sebegitu cukup membuka selera pada waktu tengahari lah.

Pada pendapat kami, untuk hidangan tengahari buat lar menu ikan/ayam bakar di cecah ayaq asam. Tak perlu bakar fancy-fancy. Bakar naked atas grill dapur gas pun dah okay. Tak semestinya bakar atas arang. Sama saja macam goreng ayam/ikan. Lepas tu ada ulaman dan sambal belacan dan menu berkuah like asam pedas, singgang ataupun lauk lain yang ringkas seperti lala tumis serai, tomyam and etc.
Mengapa kita nak sajikan menu memenuhi tekak para pelancong asing sedangkan jika mereka ke negara kita, mestilah makan cara kita. Inilah peluang dan masanya kita memperkenalkan makanan kita di mata dunia. Jika pelancong tempatan sendiri ramai yang cakap makanan di sini tak best, apa plak pandangan pelancong asing kan? Hurmmmm.....


Sungguhpun begitu ada a few hidangan yang sedap seperti daging masak lemak cili api, daging goreng ala mexico dan lala tumis serai. Sup ayam pun sedap tapi tak sempat kami nak makan sebab dah dihabeskan oleh jemaah big group. Dapat rasa kuah saja. Kesian.
Hidangan bubur manis harian takdak masalah. Sumer sedap. Yang masalah ialah bubur nasi untuk sarapan pagi. Pekat melekat. Daun bawang atau daun sup memang takdak sebagai garnishing. Sekadar ada saja.

Kami juga perasan that menu on weekend agak meriah dan ada rasa berbanding weekdays. Bila kami tanya kepada F&B [sebab kami noticed ada kelainan rasa dan varieties dalam hidangan] katanya chef lain yang masak. They have 2 chefs. Tak pasti plak kami samada kebetulan jadual chef jatuh pada weekends atau resort intends to serve good food on weekends sebab weekends adalah waktu puncak mingguan. Jika benar, kesian sapa mai on weekdays. Uh!

To cikjah, jangan lah terlalu kusut dan susah hati, ini adalah pendapat dari pengalaman peribadi kami. Mungkin selera dan kepuasan bercuti cikjah berbeza dengan kami. Catatan kami hanya sebagai rujukan. Buatlah pertimbangan sendiri. Sungguhpun demikian, isu karaoke itu sama sekali tidak dapat difahami dan until now kami masih tertanya-tanya kenapa orang melayu sekarang kalo buat kenduri kawen jar mesti nak ada karaoke. Nampak sangat takdak taste and cheap. Bingit! Tolonglah cikjah, tak payah lar dok bawa budaya karaoke dalam masyarakat melayu kita. Takdak faedah walopun sekupang. Suka juga kami nak ingatkan bahawasanya walo di mana jua kita berada, jagalah adab dan tata susila. Jaga kebersihan alam sekitar yang dipinjamkan kepada kita ini dan jangan lar jakun sangat kalo dah bercuti dalam kumpulan. Hormatilah orang lain. 

Kepada pihak resort, jangan lar pulak kerana mengejar wang ringgit semata, kehadiran tetamu kecil seolah-olah tiada nyata. Bayarannya tetap sama, layanlah sama rata. Jika perlu, hantarlah para pekerja ke kursus atau kelas bimbingan agar penuh ilmu di dada. Sayang sekali sebab aset PIR paling berharga dan hebat di mata, pastinya kita mahu permata ini kekal selamanya dan kekal menjadi yang terbaik dan tercantik di dunia.


Until then, more beautiful stories and places around Perhentian coming soon...jap, nak sapu cream gebu...hitam hangitt sangat dah nie....cheers!



Perhentian, terhenti ku di sini [part 2]

$
0
0
The astounding Pulau Rawa beach at Pulau Perhentian.  

As promised, my story of beautiful places around the magnificient Perhentian Island.
Seriously I am not a fan of snorkeling. The reason is tak sanggup kehangitan di tengah laut yang hangat lit-lit. Ahaks!

Hence, my package kat PIR tu was free and easy jar. However, perkara utama yang kami nak buat sebaik tiba di Perhentian ini ialah a trip to Pulau Rawa. Yes! Pulau Rawa. Tapi bukan Pulau Rawa yang kat Johor tu. Pulau Rawa nie terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan speed boat dari Perhentian Besar atau Kecil. Pulau kecil tanpa penghuni mahupun resort ini sangat sangat sangat cantik dan bersih. Terumbu karang di sini pun maha hebat! Tak semua package snorkeling mempunyai destinasi Pulau Rawa. Kami ke sini dengan harga RM50/person. Malangnya bila kami check dengan Dive and Sport centre PIR katanya buat masa ini depa tidak mempunyai package ke Pulau Rawa. Maka kami pun tanya bro water taxi depan PIR. Kecek-kecekk harga memang tak dapat diskon. Fixed RM50. Okay set! Pukul 10am kami bertolak. Yey-Yeyy!!
[Bila kami ke Long Beach, kami nampak harga package ke Pulau Rawa published di sana ialah RM65]

Leaving the PIR jetty to Rawa beach.
Most of boat trips bermula seawal 10am kerana ia adalah waktu air tenang 

Sebenarnya, selepas 15 minit boat ride meninggalkan Perhentian Besar, kami sedikit cuak. Cuak sebab bot sangat laju melambung-lambung, pastu ayaq laut yang tadi jernih kebiruan sudah bertukar menjadi biru kehitaman and a bit choppy. Dalam sangat lar tu maksudnya. Hanya 1, 2 bot kecil yang kami nampak di kawasan sekitar. Risau jugak. Fikiran melayang ke Lautan Hindi dan Permaisuri Udara MH370. Al-Fatihah.


Owh my! my boatman muda belia. Bawa bot memang giles rempitt macam James Bond dalam Casino Royale...hahaa
Kami tiba di Rawa beach. SubhanAllah! cantiknya. Paling teruja takdak orang. Hanya ada a couple of Middle Eastern baru sampai. So nice of the husband sebab offered himself untuk amik gambar kami. Siap bagi tips nak posing di mana dan dari angle mana. Turned out the photos were stunning! Thanks. In return, kami pun tolong amik gambar depa berdua.


Pasir di sini sangat lembut dan halus


My boatman Apie, siap bawakan roti untuk jamu ikan. Betul-betul di gigi pantai, ikan berlumba-lumba datang.




Apie cakap, "Ha! cepat lar turun tengok ikan. Buat gapo tepi pantai"
Hahahaaa...Apie tak taw kami sebenarnya bukan nak snorkeling sangat. Kami nak naik bot laju pastu main-main pantai jar...hahaaa
Tapi Apie ajak jugak, ishhh...hati bergelora. Tak tahan sebab tengok ayaq kat sini clear bersih gilerrr. A few steps away from beach dah bleh nampak coral. Owh my! Terus kami amik snorkle and follow Apie. Uh! I was snorkeling. Yes....redho jar lah. Tadi dah pakai sunscreen SPF50. Ahaks!


Snorkeling sambil berpimpinan tangan dengan Apie di Laut China Selatan. Aww!
Gayat cikjah! Takut tenggelam walapon pakai life jacket. Hahaa...nonsense.
Bukannya first time snorkeling pun, tapi entah, kami rasa tak confident walopun ala-ala pandai jugak lar berenang cuma bila tengok laut lepas luas macam tu jadi takut. Cantik sekali panorama di bawah laut di sini. Ngek! apsal tak bawa waterproof iphone case! Apie ada juga offer kalo nak sewa underwater camera RM100 but kami takmo sebab kami memang taknak snorkeling. Tapi bila dah sampai Rawa beach lain plak jadinya. Di sini kami tengok ikan kepala besar. Besaqqq cikjah! Besaq gilerr. Saiz budak 3-4 tahun. Ada dalam 5-6 ekor.




Hampir 1 jam kami di sini, kami begerak ke destinasi seterusnya, Pulau Tukung Burung. Di sini banyak burung sedang berehat di sekitar pantai dan atas batu.  Apie stop boat kat tengah laut. Nah! terjun ko ke dalam laut. Silakan.

Kami pun gedebbushh terjun. Yey! Dah tak payah nak pimpin tangan dengan Apie. I've got my confident. Nampak macam cangkat tapi sebenarnya air dia dalam woo...
Di sini kami tengok baby sharks. Kelihatan 4-5 ekor baby sharks sedang main-main riang di dasar laut.


Next kami ke Seringgi island. Apie stop bot di tengah lautan. Skali lagi terjun bergaya. Cantiknya Taman Laut Malaysia nie. Macam-macam ada.


Dari atas bot pun dah nampak ikan tengah lompat-lompat di bawah laut sana.

Apie dalam usaha untuk menaikkan seekor penyu.

Dua jam sudah berlalu, hitam meqelitt toksah dok abaq lar. Hangit!
Kami pun pulang ke PIR.  Sebelum sampai jeti, kami cakap kat Apie nak tengok turtle. Apie pun stop kat tengah laut depan PIR. Di sini memang tempat tengok turtle.
Memang rezeki kami, sebaik tiba, ada boatman lain dok jerit "penyu nak naik". Wah! kami pun cepat-cepat terjun ke dalam laut. Yes! a big beautiful turtle tengah swimming naik ke permukaan laut. Dah jemu kot dia dok kat bawah tu. Kami frust sebab takdan nak pegang. Ramai sangat orang waktu tu. Penyu tejut terus menyelam ke bawah semula...hahaa
Tapi rasa happy sebab dapat tengok turtle live depan mata.


A few minutes after that, Apie cakap ada satu lagi penyu kat bawah. Terus Apie menyelam turun dan cuba menaikkan penyu tersebut. Tapi penyu takmo naik. Penyu cakap hangat kat atas tu nanti sunburn.

Apie dan penyu

It's a turtle!
Wah! Hebat sekali snorkeling trip kami. Teruja dan gembira tak terkata. 

Long Beach di Perhentian Kecil

The next day kami ke Long Beach di Perhentian Kecil dengan water taxi. RM10/person/way.


First impression, wow! jernihnya ayaq kat sini tapi pantainya kurang landai. Beberapa depa dari pantai dah agak dalam.


Di sini banyak pilihan gerai makan, budget resorts dan agak meriah pada waktu malam sebab ada night life, bars and fire show! Backpackers selalunya tertumpu di sini.

Cikjah boleh ke sini dari Perhentian Besar tak kira masa asalkan cuaca elok. Nak datang malam pun boleh. Tapi tambang bot selepas 7pm adalah dua kali ganda. But, kami agak seram nak naik speed boat membelah badai lautan dalam kelam malam. No thank you.
Kebetulan ketika kami berada di Perhentian, it was a full moon. So kat Long Beach ada ala-ala Fullmoon Party. Aww!


Personally, mandi di pantai Long Beach tak best sebab sepanjang pantai penuh dengan deretan speed bot. Tak selesa. Lagipun keadaan pantai agak kecoh  dengan pelbagai aktiviti. Water taxi come and go hampir setiap masa. Perhentian Kecil bukanlah pilihan kami.

Senario sekitar Long Beach, Perhentian Kecil

Dari pengamatan kami, keadaan pantai di sini tidak boleh dikategorikan sebagai bersih kerana banyak sampah di di buang atau dilonggokkan di tepian pasir berhampiran hutan di sekitar pantai. Some resorts dari pandangan luar nampak macam kurang selera dan kurang bersih.

Kami berharap sekiranya cikjah ingin ke sini, silalah jaga kebersihan. Jangan buang sampah di merata tempat. Peliharalah keindahan alam kita - thanks!


Di sini terdapat a quite nice modern resort - Bubu Long Beach Resort. Resort nampak bersih dan ada kelas-nya tersendiri. Kami hampir menginap di sini namun tak jadi sebab PIR menang kerana pantai-nya lagi cantik dan best. Owh yeahh!

Giant fish for resort's kitchen
Ketika kami di sini, pekerja-pekerja Bubu Resort sedang memunggahkan stok makanan baru sampai dari bot untuk di bawa masuk ke kitchen. But I was impressed sebab segala kerja dijalankan tanpa suara. Tiada tetamu resort yang terganggu dengan kerja-kerja pemunggahan barang walopun betul-betul di depan resort. Itu lar namanya privacy.


Kami juga ke Fishing Village dengan water taxi RM10/person/way. Di sinilah terletaknya perkampungan masyarakat tempatan yang rata-rata adalah nelayan. Terdapat sekolah, klinik, balai polis, balai bomba, kedai dan sebagainya. Tersergam indah sebuah masjid yang besar dan cantik di tepi laut. Namun tiada resort di sini.


Kami ke sini sebab nak makan-makan cara local. Jemu dan tak lalu dah makan kat PIR. Kami mencari kerepok lekor!

Dapat kerepok lekor dan ais kacang. Fuh! sedap. Juga ada kedai makcik jual nasi lemak dan pelbagai makanan lain.

Bot-bot para nelayan

Pemandangan sekitar laut berhadapan Fishing Village


Cikjah nampak ikan banyak tu?  Geramm tengokkan?
Itu spesis ikan bilis berkulit keras. Tak dimakan. Depa suka main-main di bawah jeti.



Ada mini public library di sini. Congrats folk! A super good effort.

The books on loan


Kami kemudian berjalan-jalan di dalam sekitar kampung. Kami tanya orang kampung macam mana nak masuk ke dalam kampung and here we go! Penempatan di sini dibina sangat dekat antara satu sama lain. Muka bumi di sini agak berbukit. Namun kami salute sebab some houses banyak tanam pokok bunga walopun tanah terhad.


Jalannya berbukit. Kalo daki  lagi boleh sampai atas bukit di belakang kampung.

Haikal dan kawan-kawan yang baru pulang mengaji Muqaddam

Meet my island boyfriend, Haikal [the yellow shirt boy]. I met him here masa jalan-jalan dalam kampung. Sembang-sembang dan dia offer bawa kami jalan-jalan sekitar kampung dia. Nice friendly boy. Walopun baru darjah 2 tapi agak matang. Mungkin kehidupan pulau mengajar dia banyak perkara tentang kehidupan. Kami berdoa agar Haikal mengaji pandai dan dapat masuk Universiti dan jadi orang berjaya kelak. Amin.


Haikal bawa ke hujung kampung. Di sini katanya ada banyak corals.
Dia kutip corals yang cantik-cantik dan bagi kat kami. Owh sweet!


Bila kami tanya apa maksud papan tanda ini, terus Haikal explains dan siap tunjuk lokasi paip besar yang ada di dalam laut di tepi pantai.


Suasana perkampungan nelayan di sini agak bersih dan kelihatan aman dan damai.


Ketika kami di sini sudah hampir jam 6pm. Ramai para isteri nelayan keluar dan berkumpul di tepi pantai bersembang-sembang, membakar sampah dan sebagainya. Sekumpulan kanak-kanak pula sedang asyik mandi pantai dengan gembiranya. Demikianlah cara orang pulau bersosial.

Niat kami nak belanja Haikal makan aiskrim sebelum pulang ke PIR namun dia terlalu leka bermain dengan kawan-kawan yang kami jumpa sedang mandi pantai. I called him a few times tapi tak menyahut. Lantas kami biarkan Haikal di situ. Suka benar dia berjumpa dengan kawan-kawannya. Till we meet again boy! Thank you.


Di jeti Fishing Village, terdapat water taxi service.


Seronoknya kami berada di Pulau Perhentian. Tempatnya cantik dan mendamaikan. Pastinya kenangan indah tersemat di hati.


On the check out day, langit menangis. Hujan, ribut dan guruh serta kilat berdentam dentum seawal jam 9 pagi. Kata penduduk tempatan, dah lama tak hujan di sini, Alhamdulillah air turun membasahi bumi namun kami nebess, macam mana nak balik naik bot to main land dengan cuaca dasat sebegini? Erkkk!

Dua kali kami check dengan reception and I was told that boat berjalan mengikut jadual seperti biasa. Apa?? Angin bertiup kuat, ombak menghempas pantai sungguh menakutkan. Paras air di jeti sudah melimpahi paras normal. Namun ada jugak geng jakun tengah mandi laut terjeit-jerit dalam cuaca sedemikian. Seriously tengah hujan, guruh dan kilat. Sekurang-kurangnya depa ada memori mandi laut ketika hujan kan... Ahaks!

Awal-awal lagi kami dah minta plastik sampah hitam dari reception untuk bungkus luggage. Pengalaman kami 7 years ago sewaktu naik not pulang dari PIR ke Kuala Besut, ombak kuat tempess masuk bot dan abes luggage basah kena ayaq masin. Rosak zip luggage kami yang mahai itu.  Kos repair zip was RM80. Toink! Luggage lawa plak tu. Uh!

'Bungkusan' luggage dihantar oleh staff PIR ke jeti 

Nasib baik kali ini hanya 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak sahaja di dalam bot sewaktu perjalanan pulang. Selain driver bot, kami ditemani oleh 2 lagi pembantu bot sekiranya berlaku kecemasan. Angin agak kuat. Bot meluncur terhuyung hayang membelah badai yang agak keras dan besar sepanjang 40 minit perjalanan. Habis sumer basah lencun. Baju, jeans, kasut, luggage all kuyup. Soaking wet dengan ayaq laut yang masuk bot dan tempes ayaq hujan. Nasib baik luggage berbungkus and  I got my raincoat on, taklah teruk sangat. Sampai jeti ramai pakat tukar baju sebab basah lencun.

Perasaan kami ketika itu ialah takut tapi deep inside me I felt thrilled! Teruja!! Seriously excited. Maybe sebab adrenaline junkie kot kan. It was terrifying yet exciting. Suatu pengalaman yang sangat hebat. Alhamdulillah kami sumer selamat tiba di Jeti Kuala Besut. I thanked the boatman and puji kehandalan dia pandu dan kawal bot. Mengikut abang bot cuaca sedemikian adalah biasa. Errrkk! Agak agak luar biasa bagi kami though. Ceritanya lagi, dulu ada kes hujan ribut yang lagi dasat di mana sebaik bot selamat tiba di Kuala Besut, sumer mat saleh onboard teriak! Yes, teriak sebab takut, namun Alhamdulillah sumernya selamat. Jiwa laut, tiada siapa dapat menduga.


Sebaik berlabuh di jeti Kuala Besut kami terus dikerumuni oleh taxi drivers. After nego dapat satu taxi ke KB airport dan jalan-jalan sekitar KB siap tunggu 2-3 jam dengan harga RM100. Okaylah, kalo tak, takkan kami nak heret luggage sini sana while jalan-jalan sekitar KB.


Pakcik taxi tu over friendly and generous, dia siap bawa kami singgah di tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan dari Kuala Besut ke KB. Singgahan pertama ialah beli kepok lekor kat Tok Bali dan kemudian tengok giant Budha kat Bachok. Besaqnya!


Kemudian, dia bawa kami singgah di rumah Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka. Very humble residential. Di depan dan keliling rumah TGNA ialah madrasah ataupun sekolah pusat pengajian tahfiz, agama dan sebagainya.


Singgahan utama kami ialah Pasar Siti Khadijah. Bukan nak beli apa-apa pun cuma nak amik gambar pasar yang femes tu.

Keadaan pasar taklah bersih sangat. Sesetengah area agak berbau. Interior pasar tampak baru. Cantik dinding pasar yang berwarna-warni.


Geram betul tengok sayuran kampung yang makcik-makcik di sini jual. Teruja!




Kami mencari hat nie! Beras nasi dagang. RM5/kg. Kami beli 8kg untuk buah tangan dan minta dibungkus dalam kotak.


Beras pulut hitam dan pulut susu pun ada. Macam-macam ada di sini.

Pelbagai bunga untuk set mandi bunga

Wangi!


Barang belian dibungkus kemas dalam kotak. Ada beras, kepok lekor and etc.

Kuih muih tradisional Kelantan

Lauk pauk yang dijual di Pasar Siti Khadijah
Nasi kerabu. 


Di sini kami mencari nasi dagang. Ada banyak kedai. Kami dah rambang mata. Makan di kedai kakak nie okay lar, tak sedap sangat. Biasa saja. Kondisi tempat makan di atas pasar pun tak bersih sangat. Tapi kami pejam mata sebab ini adalah kali pertama kami berada di Kelantan dan juga pertama kali menjejak kaki di Pasar Siti Khadijah. Lagipun jika ingin merasa pengalaman menjadi local kenalah acting dan makan seperti local. It was fine. Dah cuba sekali okaylah dah taw rasanya. Kalo ajak makan lagi...errrrr.... I think kenyang lagi...heheee


Hahh! Panjangnya betoi cikjah kena baca noo?  Demikianlah ceritera Pulau Perhentian yang best meletop dan jalan-jalan sekitar KB.

Sekarang kami susah hati. Rasa seperti takmo tengok cermin sebab tak sanggup menatap wajah dan kulit yang sungguh hangit. I need more cream gebu!


Ayam Kalio Nenas

$
0
0

Jom cikjah!
Jom masuk dapur....hahaaa
Jom kita masak dan makan di rumah seperti berada di Indonesia. Sungguh enak dan lazat masakan Ayam Kalio yang mengikut sumber bahan bacaan mengatakan ia berasal dari Sumatera ini.

Ayam Kalio sebenarnya hampir sama seperti Rendang. Namun tempoh memasaknya tidak lama dan berkuah seperti gulai. Jika dimasak lebih lama dan menjadi kering, nescaya Rendang lah ia.

Daun limau purut dan daun kesum dari kebun dapur kami

Bahan-bahan:
Ayam [sebelah]
Nenas
Santan [1 biji kelapa]
4 biji cili merah* [buang biji]
7 cili padi*
2 tbsp cili kering kisar [atau 7 tangkai cili kering yang dibuang biji dan direndam air panas]*
4 biji buah keras*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
1.5cm kunyit hidup [untuk warna kuah yang cantik]*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 keping asam gelugor
3 keping daun limau purut
Sedikit daun kesum/daun kunyit [optional]
Garam
Gula


Cara:



  1. Ayam dibersih dan digoreng secara 'pan-seared' sekitar 5 minit each side. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar semua bahan*.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit kering.
  4. Masukkan santan dan asam gelugor dan masak hingga mendidih manja.
  5. Masukkan ayam. Biarkan mereneh. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan hirisan nenas, daun limau purut dan daun kesum. Masak hingga ayam empuk dan kuah sedikit kental. Siap.


Seriously sajian ini sangat lazat dan membuka selera. Bau ketika kuah sedang mendidih tak ubah seperti berada di restoran Padang. Kami pasti ia akan memberi kelainan sajian di meja makan cikjah.

Hidangan ini agak pedas pada mulanya kerana penggunaan cili merah dan cili padi. Namun jika pandai mengimbangkan rasa, cikjah akan dapat suatu sajian yang ada pedas dari cili, masam dari asam gelugor, manis dari nenas dan wangi dari daun limau purut, lengkuas dan serai. Sempurna sekali.



Happy cooking!


Hawaiian Pineapple Chicken with Salsa

$
0
0

Jom cikjah kita pi Hawaii!
Pakai baju bunga-bunga dengan topi besaq sambil minum ayaq nyioq tepi pantai. Lalaalaaa! 


Eeeeerrrk....tapi, lupakanlah, jom kukuq nyioq kat dapoq jar lah...hahaaa
Menu dinner kami ini sangat mudah. Sampai rumah, terus persiapkan ayam dan sos. While ayam tengah masak di dalam oven, sambunglah mempersiapkan diri dan keluarga, mandi, solat Maghrib, baca Quran, tengok henpon...Tinggg!! ayam dah masak. Dinner is served everyone!


Bahan:

2-4 ketul ayam 
1 biji nenas [potong bulat]
3tbsp butter
1tbsp minyak zaiton
3tbsp sos tomato
2.5tbsp gula perang
1.5tbsp sos soya
1tbsp jus lemon/lime
1tbsp tepung jagung
2tbsp cuka makan
Garam
Serbuk lada hitam 
3-4tbsp air 


Cara:

  1. Di dalam pan cairkan butter bersama minyak zaitun.
  2. Masukkan gula perang dan sos tomato. Kacau hingga gula cair. Masukkan air mengikut keperluan jika ingin sedikit berkuah.
  3. Gaul mesra tepung jagung dengan cuka dan masukkan ke dalam pan bersama sos soya, garam dan lada hitam. Kacau mesra. Kuah akan menjadi sedikit pekat.
  4. Masukkan hirisan nenas. Masak selama 3 minit dan tutup api.
  5. Susun ayam dan nenas di dalam baking tray dan tuang sos ke atas ayam. Bakar pada suhu 190C selama 45 minit atau sehingga ayam masak. Siramkan ayam dengan sos sekali sekala untuk warna yang cantik. Siap!


Sungguh mudah dan enak sekali rasanya. Sinonim dengan Hawaii dan kesegaran tropika, hidangkan bersama salsa.


Bahan Salsa:
1 biji timun jepun
1 biji bawang besar
2 biji tomato merah [buang biji]
1/2 biji cili merah [buang biji]
Garam
Gula
2-3tbsp jus lemon

Nota: Juga boleh gunakan capsicum, mangga masak, daun ketumbar jika suka.

Cara:
Sayuran dihiris dadu sekata dan digaulkan bersama sedikit garam, gula dan jus lemon. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.




Mygarden journal 300514

$
0
0

Wahh! dah kluar buah dan dah besaq dah pun pokok terung tukang kebun. Happy!
Tetapi sebelum mencapai tahap macam nie, tukang kebun kena berperang dengan geng semut hitam dan bena putih [aphids] so many times! Geng semut hitam dok qabat pokok terung nie sebab dok makan bena putih sampai pokok terung jadi kuyuss.


Cara rawatan bena putih tu tukang kebun guna kaedah semburan DIY. Hari tu tukang kebun ada buat jeruk bunga kobis dan jeruk cilipadi. Bila bunga kobis dan cili padi abes dimakan, tukang kebun ambil air jeruk [campuran cuka + gula] campur 1tsp minyak masak dan beberapa titis sabun sunlight. Masukkan dalam botol spray dan kocak mesra. Pastu tukang kebun spray pada pokok. Kena ulang spray setiap 2, 3 hari sekali sampai bena putih tu hilang.

Alhamdulillah berkesan!



Mulanya takut plak nak spray sebab takut bunga dan buah yang baru berputik gugur sebab tak tahan asid cuka tapi takdak apa-apa berlaku. Some people buat semburan DIY tu macam resepi tukang kebun tapi tak berkesan. Agaknya bena putih tu jenis yang degil dan ketegaq kot. Kalo tak jalan jugak, tukang kebun ada baca boleh tambahkan sedikit lada hitam bagi pedas. Haa! insyaAllah berkesan.


Sekarang nie tukang kebung agak confuse. Masih blum dapat dikenal pasti spesis terung apakah ini. Biji benih kata Terung Sarawak atau Terung Dayak / Terung Asam. Tapi entah lar, tak macam pun. Saiz buah semakin membesar dan sekarang nie lebih besar dari saiz buah tomato. Tukang kebun pernah tengok buah Terung Asam dan saiz-nya cuma sebesar duit 5kupang lama. Mungkinkah terung asam nie terlebih berat badan hingga demok gedempoll? hahaaa
Kalo terung bulat purple tu awat warna dia hijau plak kan...entah lar. Tukang kebun tunggu dan lihat saja lah.


Ini pula generasi ke-2 pokok bunga Pukul Empat hasil dari cambahan biji benih. Sudah mula berbunga sekarang. Comei loteii bunga Pukul Empat nie. Warna pink-nya sungguh mempersona.



Jalinan rasa

$
0
0
Sesungguhnya kami bangga dapat masak dan makan masakan sendiri
di rumah. Kami pasti cikjah juga punya rasa yang sama :)

Amboi! sedapnya hidangan tengahari hujung minggu di rumah ini. Begitu menggoda jiwa. Begitulah hasilnya jika cikjah bijak memilih menu sajian setiap hidangan.  Tak perlu hidangan mewah dan pelbagai. Cukup sekadar mempunyai kombinasi dan jalinan rasa antara satu sama lain. Baru harmoni hidangannya. Aiceh!

Sekiranya sajian cikjah sudah bergulai, tak perlulah nak masak tomyam lagi. Tak matching sangat dah tu...hehee
Lainlah kalo anak nie nak makan gulai, anak tu nak makan asam pedas, datang darling nak makan masak lemak cili api plak...hahh sudah. Nampak macam ada 3 negeri jar kat meja makan. Namun kami tidak menggalakkan ibu-ibu memberi pilihan kepada anak-anak untuk setiap sajian mereka. Ini kerana ada di antara ibu-ibu yang mengamalkan konsep "tanya anak hari ini nak makan apa". Ada 2 anak, maka 2 sajian berbeza. Sorang nak makan sup ketam seorang lagi nak makan ketam goreng cili. Nak manjakan anak pun biarlah betul caranya. Sudahlah kuasa memilih di tangan anak, kuasa memasak pula diberikan kepada pembantu rumah indon. Ahaks! 

Hakikatnya, seorang anak mestilah makan apa jua yang dimasak dan dihidangkan oleh seorang ibu. Ketika kami kecil dulu, apa jua yang dihidangkan di meja makan, itulah santapan kami. Tiada istilah tak suka atau tidak gemar sesuatu hidangan. Justeru, lahirlah generasi yang tidak terlalu memilih makanan mahupun hanya makan lauk tertentu sahaja. Kalo dilihat anak-anak zaman sekarang, mungkin ramai yang tak makan ikan. Hari-hari mak hidangkan lauk ayam. Ramai yang tak makan sayur atau ulaman kerana tiada penekanan betapa pentingnya sajian sayur dalam setiap hidangan. Walau dulu mak cuma hidangkan tiga ekor ikan goreng, namun SubhanAllah cukup untuk satu keluarga besar. Tapi anak-anak kita hari ini dapat ikan seorang seekor. Dapat ipad seorang satu..Eh..eh! heheee

Sambal belacan buah kuini [orang Kedah panggil buah Konen]
dan ulam pucuk janggus dan pegaga

Pada pandangan peribadi kami, suatu tindakan bijak jika anak-anak kita tidak diajar terlalu memilih atau disempitkan pilihan sajian makanan harian mereka kecuali jika ia berkaitan dengan faktor kesihatan. Berilah mereka peluang dan ajari mereka dengan pelbagai jenis sajian kampung, bandar, tempatan mahupun antara bangsa. Agak susah untuk anak-anak menyesuaikan diri jika berada berjauhan dari keluarga atau bersama orang lain. Contohnya kalo mereka berkunjung ke rumah saudara mahupun rakan, bagaimana jika tiada lauk yang boleh dimakan [atau biasa dimakan] oleh mereka? Serba salah dan malu alah tuan rumah dibuatnya. Walhal, anak kita dan kita sendiri yang patut malu kerana gagal mengajar anak-anak kita tentang variasi makanan hingga menjadi seorang yang terlalu memilih tanpa disedari. Ironinya kita sedar namun kita leka dengan nikmat yang diberikan.

Sambal tumis udang
Hari ini, rata-rata kaum ibu bukan lagi seorang surirumah. Majoritinya adalah wanita bekerjaya. Pulang ke rumah selepas seharian di tempat kerja pasti memenatkan. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak memasak atau memastikan anak-anak dan keluarga mendapat hidangan yang baik dan berkhasiat. Syabas! harapan kami cuma cikjah tak amalkan hidangan makanan proses sebagai sajian utama mahupun sampingan seperti sosej, nugget dan sebagainya. Maklumlah nak cepat kan. Begitu juga dengan makanan segera. Owh tidak! jangan sama sekali. Di sinilah salahnya kita sebagai ibu bapa, anak-anak seawal usia 1 tahun sudah diajar berasa excited walopun hanya lalu di depan McDonalds, KFC, Pizza dan sebagainya. Aduh! kesian sungguh rasanya. Bila anak-anak bagus dalam peperiksaan ibu bapa belanja makan di McD sebagai ganjaran, dah  besar, anak-anak sendiri singgah McD lepas sekolah dan bila dah besar sket dating pun kat McD...Ahaks!

Pajeri nenas
Semoga cikjah terus diberi keazaman dan semangat membara untuk terus memasak di rumah dan makan makanan berkhasiat. Eh! okay got to go...minyak dah panas nak tumis gulai...bye!



Roti Naan cecah Gulai Ayam Yogurt

$
0
0

Usai waktu pejabat kami off to the club for my favourite workout routines. Owhsome sangat dapat mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot badan. Pukul 9pm tiba di rumah. Hahh! what's for dinner?
Roti Naan cecah gulai nak? Yennaadeii!

Kami masak gulai se-simple yang mungkin sebab dah malam sangat nak bergulai kot kan sampaikan daun kari kat kebun dapur pun tak dan nak petik...hahaa
Anggaran bahan-bahan berikut sesuai untuk 4 keping roti naan.

Bahan:

2 ketul dada ayam [potong dadu]
1 cawan santan cair
3 tbsp rempah kari
1/2 tsp serbuk kunyit
2.5 tbsp yogurt [plain/natural]
1 biji tomato [potong sederhana kecil]
1 biji kentang [potong dadu]
2 batang lobak merah [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
3 tangkai cili padi/cili hijau [potong sederhana nipis]
Beberapa helai daun pudina [optional]
1 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1/2 sudu jintan manis



Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan jintan manis hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan tomato dan cili. Goreng seketika hingga tomato layu dan lembut.
  3. Masukkan rempah kari dan sedikit air supaya rempah tidak hangit. Masukkan serbuk kunyit. Biarkan seketika supaya rempah masak dan sedikit kering.
  4. Masukkan ayam. Masak biar mesra bersama rempah sekitar 3 minit.
  5. Masukkan santan. Biarkan mendidih manja. 
  6. Masukan potongan kentang, lobak merah dan bawang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mereneh hingga sayuran empuk.
  7. Masukkan yogurt dan daun pudina. Kacau mesra dan masak lebih kurang 5 minit hingga kuah sedikit pekat dan tutup api. Siap. 


Untuk resepi ini kami gunakan roti naan segera. Lebih cepat dimakan gitu kan. Pukul 9.40pm kami sudah siap kemas dapur and ready untuk makan.

Renjiskan sedikit air pada roti naan dan panaskan di atas griddle 1-2 minit each side [Guna oven pun boleh]. Siap dan sedia dinikmati. Lebih enak dimakan bersama hirisan bawang besar dan cili hijau. Ammaa!!!






Kerabu Ikan

$
0
0

Sesekalli nak ubah cara persembahan menu ikan. Ikan goreng, ikan bakar, ikan masak kicap, ikan masak cili, ikan gulai, ikan singgang dan sebagainya. Apa kata kita cuba Kerabu Ikan!
Yes cikjah, ikan pun bleh dikerabukan...hahaa

Bahan:

4 ekor ikan [kami guna ikan kembong. Bleh pelbagaikan]
1 biji tomato [hiris nipis]
1 biji bawang besar [hiris nipis]
5 tangkai cili padi [hiris nipis] - lebihkan jika suka pedas
Sedikit daun kesum [hiris nipis]]
1 kuntum bunga kantan [hiris nipis]
1 batang serai [hiris nipis]
Jus limau nipis [1 biji limau]
Garam
Gula

Cara:


Ikan digoreng di dalam pan dengan minyak yang minimum. Leraikan isi. Kalo goreng dalam kuali dan terendam minyak, nanti isi jadi garing dan berminyak - Tak best ahh. Boleh juga rebus namun isi ikan menjadi agak lembap dan berair. Kalau rajin bleh bakar/grill ikan. Lagi sedap.

 
Sayuran di hiris nipis dan digaulkan bersama isi ikan bersama jus limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Rehatkan seketika supaya rasa bergabung mesra sebelum dinikmati.


Memang membuka selera. Mudah dan lazat!


I am seriously serious about vegetables!

$
0
0

Cendawan, brokoli dan lobak  merah

Serius betul bunyi tajuk tu kan? Aww!
Bukan apa, rugi betul rasanya bila tengok atau tahu ada di antara kita yang tak makan sayur. Berbaur rasa. Rasa nak marah. Rasa kesian. Marah sebab kita sendiri yang mengabaikan penjagaan kesihatan diri. Kesian sebab betapa ruginya depa tak makan mahupun mencuba untuk makan pelbagai sayuran enak dan berkhasiat yang ada.

Maka, di sinilah peranan cikjah. Masaklah walau macam mana sedap, penuh meja sekalipun tapi kalau takdak sekurang-kurangnya satu jenis sajian sayuran, maka...........tidak lengkap dan sempurnalah suatu santapan itu. Percaya dan amalkanlah konsep ini. Aiceh! Didik diri kita, keluarga, rakan dan sesiapa saja untuk makan sayur. Tak rugi pun. Namun, seriously serious rugi kalau tak makan sayur...hehee

Siew Pak Choy dengan udang

In this entry kami decided takmo beletiaq mahupun berhujah panjang lagi berkenaan betapa pentingnya diet sayuran dalam pemakanan seharian kita. Nanti kluar wrinkle baru  di wajah kami dan kena beli krim Lancome lagi. Ahaks!

Lagipun kami percaya cikjah, kakyam, kakton sumer dah tahu dan arif tentang fakta itu namun adalah lebih baik dan bijak jika apa yang ketahuan dan arif itu diamalkan. Dalam entry ini kami himpunkan sebahagian koleksi sayuran lazat kami! Yeaahh!!!

Watercress dan cendawan

Sajian sayuran mestilah cantik dan menarik untuk memikat mata, lidah dan perut. Selain sebagai motivasi untuk menggalakkan pengambilan sayuran, malah terlihat jelas persona tukang masak pada suatu hidangan itu. Pantang betul kami melihat sajian sayuran yang lebam dan tak semenggah. Masak dan hidanglah sayuran dengan penuh kebanggaan.
....dan tolonglah jangan serve makanan dalam besen atau bekas plastik. Takdak taste betul...Ahaks!

Akar teratai, brokoli dan lobak merah
 Seperti yang selalu kami katakan, hidanglah sayuran panas-panas terutamanya untuk jenis sayuran yang di tumis atau goreng ringkas [stir-fried]. Sebolehnya organize agenda masakmasakk ketika di dapur. Clean as you go dan masaklah sayur di penghujung acara bila dekat-dekat waktu makan.

Tauhu lembut, brokoli dan lobak merah

Garlic sprout , leek and beef

Pea shoots and carrot

Broccoli, leek, carrot and dried mushroom

French beans, carrot and prawn

Hard boiled eggs and salad

Jangann beninn [sayur masak air]

Salad telur

Peria katak tumis cili padi dengan ikan masin

Hummus dan salad


Pucuk labu masak lemak cili api
Pucuk Ranti [Meranti] rebus dan sambal belacan
Jika cikjah tak punya waktu dan kesempatan untuk lama di dapur atau nak ubah citarasa, instead of tumis atau goreng hidanglah sayuran secara segar, rebus atau stim sebagai ulaman bersama sambal belacan. Pasti menambah selera.

Ulaman segar

Ulaman segar

Ulaman segar [pucuk samak]

Ulaman segar

Ulaman segar

Ulaman segar
Ulaman segar
Ulaman [blanched]
Kentang dan Kobis tumis pedas
Steamed french beans, broccoli and carrot
Grilled baby carrot and cherry tomatoes
Salsa
Bunga kobis, lobak merah dan cendawan

Rebung dan Bayam tumis air
Kerabu pucuk paku

Gado-gado

Pucuk geti masak lemak putih

Siew Pak Choi and dried mushroom
Roasted vegetables
Personally, kami takdak resepi khusus untuk suatu sayuran. Kami masak mengikut citarasa dan apa saja yang ada pada ketika itu. Memasak sayuran adalah suatu yang senang sekali selepas masak ayaq dan goreng ikan...hahaa
Janganlah dirumitkan ia. Masaklah! Gorenglah! Tumislah! sayur seikhlas hati. Aiceh!

Harapan kami semoga selepas ini cikjah akan lebih bermotivasi dan bersemangat dan promise akan menghidangkan sekurang-kurangnya satu sajian sayuran setiap kali waktu makan. Sama-samalah  kita mengamalkan makanan sihat dan seimbang untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan.


Maaakan kucin! eh! silap...Maaakan sayur!



Cuci-cucii

$
0
0

Hari ini kami plan nak cuti karpet. Yeeehuu! Bersemangat!!
From day to day, rasa macam sakit  hati plak selagi karpet-karpet dalam rumah tu tak dicuci. Hati tak tenteram...hahaa [tudia! rajinnya...Ahaks!].

Nak cuci karpet kena amik kira pelbagai faktor. Selain cuaca, mood adalah peranan paling penting. Selain itu kekuatan fizikal juga penting. Tapi bukanlah bermaksud cikjah kena hangkat besi, dada ketak atau urat timbul. Cukuplah sekadar ada kekuatan nak memberus dan hangkat karpet tu. Karpet kalo basah  beratnya jadi berkali-kali ganda taw. Kalo takdak asas kesihatan yang baik bleh jadi sakit urat atau sakit blakang. So, hati-hati okay.

Persoalan utama di sini ialah "awatt tak hantar dobi?"
Kan senang kalo hantar dobi, tak payah penin-penin buang tenaga. Yes, betul cikjah. Lebih senang kalo hantar dobi. Tapi kami lebih berpuas hati kalo basuh sendiri. Lebih bersih [at least to me]. Lagipun, karpet kami bukan bidang besar tahap banglo. Ada yang bersaiz besaq tapi blum tiba masa untuk cuci lagi sebab masih dok putih gebu - I am satistified. I'll think about it later. Aww!


Mengambil kesempatan di atas cuaca panas terik yang tak terkata sekarang ini lantaran bunga-bunga El-Nino sudah hadir di Malaysia, kami pun tak buang masa terus bawa kluar karpet-karpet untuk dicuci. Tarraa!
Cuaca sangat super excellent, mood plak exciting membuak-buak dan ternyata physically I am fit insyaAllah [Thank you RPM and TRX!].


Mula-mula basahkan karpet. Pastu tuang sabun dalam kadar tompok kecik-kecik atas karpet. Jangan tuang sabun banyak sangat satgi tak larat nak bilas sebab buih sabun terlalu banyak. Kami guna sabun Dynamo sebab wangi dan berkuasa. Aiceh! Pastu apa lagi, pulun berus lah...hahaaa
Lepas berus biarkan karpet seketika supaya kuasa sabun tu bawa kluar kotoran degil. Meanwhile, berus karpet hat lain plak...yeehaa!


Puas hati memang tak terkata. Berus-berus sampai bersih. Jangan sampai karpet koyak dah la...hahaa

Selesai memberus, maka akhir sekali ialah proses membilas. Bilas dengan air bersih hingga sumer kesan sabun hilang. Kemudian bleh lah disidai [jemur]. Hati-hati semasa mengangkat karpet sebab sangat berat okay.

Minta maaf sangat kali nie sebab kami terpaksa sidai karpet kat pagar depan rumah. Bukan apa cikjah, kami pantang betul kalo tengok kakyam sidai kain kat pagar depan rumah. Rumah lawa, pagar rumah mahai kerawang-kerawang tapi penuh dok sidai kain. Uh! tak style taw. Sidai kain sepatutnya kat blakang rumah saja. Tapi sebab ini cuci karpet, maka terkecuali lah kan. Tapi jangan pi sidai kat pagar share dengan jiran plak. Tak baik lar ayaq karpet tu meleleh masuk rumah dia. Jadilah jiran yang bertimbang rasa. Thank you!

Alhamdulillah cuacanya SubhanAllah panas terik santek sekali. Karpet sumer kering mewangi.
Sambil-sambil cuci karpet,  kami juga turut cuci car porch drive way, lantai car porch, 2 biji kerusi rotan garden Ikea, 1 kerusi kayu jati, dan pokok-pokok bunga dalam pasu kat area car porch. Tak tahan tengok habuk berdebu piang! hahaaa...ekstremmm.

Walhal kami kaget jugak nak berus kerusi rotan Ikea tu. Takut satgi reput. Dah banyak tahun kami dok pendam nak berus kerusi tu tapi takut. Kami selalu vakum dan lap saja tapi habuk tak mau hilang sangat maklumlah rotan tu kan terbelit-belit jalinannya. Lagipun kerusi memang letak kat luar, sah-sah every minute habuk datang menyinggah. Malam-malam agaknya stray cat or squirrel tumpang tidoq pun bukan kami tau kann...
Tapi bila melihat cuaca yang panas terik, kami terus confident. Okay, beruskan ajar kerusi itu. Alhamdulillah, kerusi okay dan kering bersih elok. Happy!

My stages

Huish...pokok bunga berdaun hijau kat area car porch memang 3-4 bulan skali kami basuh. Kalo malas kami lap-lap daun saja. Tapi kalo rajin, sambil basuh lantai memang kami basuh berus-berus manja daun-daun pokok bunga skali  sebab pokok kat area car porch tak kena hujan, jadi daun nampak berabuk especially pokok Stages and Rhapis yang lebat dengan daun. Bila dah basuh, fuhh! shiningg! heheee

Errkk! Cikjah penah dengar orang basuh pokok ker? heheee....kalo blum sekarang dah penah. Kami lar tu....chewah!

My Rhapis

Senang citer, mana yang bleh basuh sumer kami basuhlah. Ahaks!
Happy dan puas hati sangat bila sumer dah bersih bersinar-sinar. WeeeEeeeEeee!!!




Ruhi Ubud

$
0
0

Hari nie terasa seperti nak pi Ubud. Windu Ubud!
Tapi bagainamana kayaknya mau ke Ubud? kok masih di Kuala Lumpur saat ini. Ahaks!
Maka kami pun kodek-kodek lemari mengeluarkan set "arcopal Ubud". Tujuannya untuk digunakan masa plating lunch nanti. Fuhh! Nyatanya hebat sekali mbak. Bagus benar! langsung terasa seperti di Ubud dehh...hahaaa

Kami masak ayam bakar, gulai dalca, ulaman dan sambal terasi.

Beijing cabbage dan kacang bendi rebus sebagai ulaman. Hidangkan bersama sambal terasi.

Tetiba kami teringin nak makan gulai dalca.
Takdak kacang panjang, kacang buncis pun sedap.

Owh! Ini bukan ayam bakar Taliwang...hehee
Ayam bakar Pienkcat saja


Set arcopal Ubud nie memang kami beli di Ubud. Setiap kali pegi Ubud kami tambah koleksi. Kalo tak salah kayu yang digunakan ialah nibong. Untuk menjadikan pinggan ini lebih tahan lama dan menarik, satu lapisan nips varnis disapukan padanya. Oleh itu, sebelum guna kami basuh pinggan kayu ini berulang kali [at different times]. Bila dah hilang lapisan nipis varnis pada permukaan kayu, baru lah selesa nak guna. Kalo tak, rasa macam kembanggg plak nak letak makanan atas lapisan varnis tu. Namun, pinggan kayu akan nampak sedikit lusuh - but I'm fine with it. Kalo nak lebih Ubud, sila lah potong daun pisang buat alas pinggan.



Itu sajian tengahari kami, bila dah petang teringin plak nak makan pulut durian. Alahai!
Nasib baik ada durian dijual di tepi jalan. Hatta, kami panaskan dan bungkus lauk-pauk yang ada dan bagi kat security guards. Alhamdulillah tiada pembaziran. Balik kedai, kami tengok one of the guard tengah makan. Lauk panas-panas tu...sedap giless!

Okay, nak balik Kuala Lumpur nak tanak pulut sat. Bye Ubud!


Owh durian!

$
0
0

Owh my!!!
Pulut durian Kedah style.
Terangkat!

Dah bertahun tak makan pulut durian macam nie. Untuk makluman cikjah, kalo kata nak makan durian di Kedah mahupun Perlis and a few locations di sekitar Utara, beginilah cara sajiannya.

Durian disajikan bersama pulut, santan segar [dimasukkan sedikit garam untuk rasa lemak] dan gula. OOOOooolalaa!
Memang tiada tandingan.


Pulut akan disiram dengan santan dan ditaburkan dengan sedikit gula. Jangan lupa buah duriannya okay...hahaa
Nikmatilah seperti makan nasi atau pulut mangga.

Kalo makan macam nie, 2-3 ulas durian pun dah cukup. Memang kenyang.
Namun, kalo bicara pasal makan durian di Kuala Lumpur lain pula caranya. Selalunya makan durian sahaja dan di tepi jalan! hahaaa
Sekali hadap memang boleh 2-3 biji. Wow!



Teringat zaman kecil dulu, bila ayahnda bawa balik durian [selalunya untuk makan malam] terasa seperti ianya suatu sajian yang hebat skali. Maklumlah durian bukan ada selalu dan harganya agak mahal terutamanya di permulaan musim. Kami di Kedah pula sering dibanjiri oleh durian Siam. Memang ulasnya besar-besar, kuning cantik dan sedap hinggakan membuatkan kami tak berapa suka durian kampung kerana baunya yang terlalu kuat.

Dah masuk musim durian nie, jangan makan banyak sangat taw sebab sekarang pun dah masuk musim panas...heheee



Mygarden journal 260614

$
0
0
Pokok serai yang kegaringan

Owh tidak!!!
Menangis tukang kebun sebaik pulang dari bercuti selama seminggu. Walopun sampai rumah pukul 10pm, terus tukang kebun melawat garden dan siram pokok. Garden depan Alhamdulillah selamat. Cuma ada beberapa pasu kecik yang agak layu. Tapi malangnya, kebun dapur habes hangusss!
Kering kontang!
Garing!

Sedihnya tak dapat digambar dengan kata-kata. Namun tukang kebun redha dan berazam akan hijaukan semula sumer ahli pasukan kebun dapur secepat mungkin.


Pokok karepole pun bleh hangit hanguss skali. Aiseh! Susah lar nak tumis gulai macam nie. This weekend, tukang kebun nak potong abes sumer daun dan bela balik bagi keluar tunas baru. Yes! I can do it!


Belum sempat pun tukang kebun rasa buah terung nie...uh! Habes dah sumer 4 pokok jari kerepek.
Nasib baik tukang kebun ada petik sebiji buah terung sulung sehari seblum pergi bercuti. Alhamdulillah bleh lar rasa nanti. Untuk rekod, tukang kebun memang dah bersedia dengan apa jua risiko sebab tukang kebun hanya mengharapkan hujan semata sepanjang ketiadaan tukang kebun di rumah. Namun, tiada di duga hujan tak turun langsung selama 7 hari. Ditambah pula dengan suhu panas melampau yang tinggi. Memang luar biasa.


Slamat jalan pokok terung....sob..sobbb...sobbbb


Pokok limau purut pun menjadi mangsa. Daun layu dan gugur. Namun, pokok nie mempunyai semangat juang yang tinggi. InsyaAllah, dah dapat air, slowly she will recover.

Hujan owh hujan, jemput lah turun...


Mygarden journal 100714

$
0
0

Salam Ramadhan cikjah!

Alhamdulillah, kebun dapur tukang kebun yang kegaringan sebab ditinggalkan selama seminggu tu dah kembali pulih.

Happy!

Pokok limau purut dah mula mengeluarkan tunas-tunas baru. Nampak sihat menawan skali.





Pokok karepole yang ditogelkan pun dah kluarkan tunas baru. Tengok pucuk karepole tu rasa berselera skali. Sedap buat ulam tu...heheee

Setiap hari, tukang kebun memang tak miss siram pokok-pokok di kebun dapur. Esok lusa tukang kebun nak cuti lagi 4-5 hari....Errrkk! mohon doa pada Allah agar diturunkan hujan untuk membasahi kebun dapur tukang kebun. Amin.

Kesimpulannya, tukang kebun memang tak putus asa. Walopun ahli pasukan kebun dapur hampir-hampir ke sorga tempoh hari, namun jangan sesekali give up. Siram dan sayangilah pokok-pokok cikjah. Paling penting jangan lupa bagi depa minum. Eh! dah nak berbuka...tukang kebun nak pi bancuh sirap sat...bye!



Ya Kareem Ramadhan 2014

$
0
0

Dah 18 hari kita berpuasa. Rasa macam sat ja kan? Seperti biasa setiap tahun kami memang tak pi bazar Ramadhan. Malas rasanya nak pi bazar Ramadhan di sekitar KL nie. Memang ada 2-3 yang best dan makanan berkualiti walopun harga mahai tapi yang banyaknya bazar yang sekadar berniaga mengaut keuntungan semata-mata. Makanan tak sedap, kualiti tak bagus dan harga melampau. Solutionnya, baik masak sendiri di rumah. 

Sepanjang puasa nie, baru sekali iftar dengan nasi. Selebihnya kami lebih kepada menu western dan tempatan yang ringkas. Maklumlah, sampai rumah dah pukul 5pm.  Merempit di dapur masak mana yang sempat saja. Janji lazat dan sihat! Tapi bila balik kampung cuti 4 hari, hari-hari iftar makan nasi. Lauk kekanda masak sumer lazat-lazat. Pegi bazar Ramadhan hari-hari sebab bazar Ramadhan di kampung jauh bedanya dengan di bandar. Makanan sumer sedap-sedap dan harga murah!



Untuk stok protein bulan puasa kami dah siap-siap marinate ayam dengan bumbu dan dibungkus mengikut hari. Simpan di tempat beku di dalam fridge. Sebelum kluar kerja, kami letakkan ayam di bahagian sejuk biasa di dalam peti ais. Balik rumah, ayam dah completely thaw. Panaskan oven terus grill ayam. Sangat senang! Sambil-sambil tu siapkanlah side dishes yang ada karbohidrat sket untuk tenaga.

Grilled yogurt chicken with mashed potato and pumpkin soup


Kalo on weekend, bleh merempit di dapur lama sket...hahaa
Kami buat cucoq kegemaran kami. Cucur jawa ataupun cucur topi.


First time buat nie. Kalo nak goreng waktu berbuka, cikjah kena siapkan batter cucoq nie pada sebelah pagi sebab batter perlu direhatkan at least 4-5 jam. Seelokkan semalamam. Baru jadi cantik.

Walopun cucur topi tapi tak topi sangat namun rasa meletop!


Seperti biasa juga, saban tahun kami seperti ikat kontrak dengan aunty jiran sebelah rumah. Hampir setiap hari dapat juadah dari aunty. Alhamdulillah. Kadang-kadang kami tak perlu masak pun sebab juadah dari aunty dah cukup. Thank you!

Hari pertama puasa, kami masak laksa lemak Kedah marbeless. Kami balas pinggan aunty.


Owh! Ini terbaik!!
Cucoq udang kuah kacang. Sedap plak kami masak coq udang nie...weehooo


On weekdays selain menu western, selalunya kami masak mee goreng, bihun goreng, makaroni goreng saja. Tak perlu renyah-renyah nak masak nasi dan bermata-mata lauk lain. Kalo on weekend, baru bleh masak penuh meja...hahaa [namun, jangan membazir yer].

Jeng! Jeng!! ini koleksi peribadi...hahaa
Antara juadah berbuka yang dititipkan oleh aunty dan kekandanya untuk kami sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah. Thank you!









Selamat berbuka cikjah. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kita lebih keberkatan. Bye!



Naturally Langkawi

$
0
0

Salam Ramadhan cikjah!
Smoga bulan yang mulia ini memberi kita sumer keberkatan dan meningkatkan ketaqwaan kita pada Allah. Amin.

Seminggu sebelum posa, kami bercuti ke Langkawi selama seminggu. Yes cikjah, 7 hari 6 malam. Amboi cikjjah, macam lar Langkawi tu jauh sangat sampai nak dok lama-lama kan. Aiceh! Sebenarnya, initial plan kami was to go to Koh Lipe dari Langkawi. Tapi bila difikir dan ditimbang tara, a  few weeks before the trip kami decided to stay kat Langkawi jar selama seminggu tu. Ambillah peluang berehat selama seminggu tu sepuas-puasnya sebab sebelum bercuti serabut betoi keadaan di office. Kerja menimbun-nimbun dan mengejar date line. Hinggakan kami hampir-hampir nak cancel trip nie sebab banyak sangat kerja kat opis. Disebabkan date line tu bertindih dengan trip Langkawi nie, kami tak sampai hati nak apply cuti kat Mr Boss. Lagi 3 hari sebelum fly dan 80% kerja telah kami siapkan, baru kami apply cuti. Mengadap Mr Boss dengan penuh redha. Mr Boss plak nak pi London 2 weeks. So kami takdak, Mr Boss pun takdak...alahai...kerja sapa nak cover ekk?
Kalo dapat, dapatlah, kalo tak dapat, nak buat macam mana kan...

Alhamdulillah, cuti approved. Yeyy!!! I've done my part. Balance kerja 20% tu adalah part auditor.
Tapi kami dalam stand by mode sepanjang percutian. Bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan. E-mail sent to everyone saying that although kami cuti, I'm reachable at any time. [Fuhyo! pekerja terbaik lar...Ahaks!]

Petang di KLIA2

Masa kecik dulu, banyak kali betoi dok pi Langkawi. Apa kelass orang Kedah tapi tak penah pi Langkawi kan. Kali terakhir pi Langkawi was on 1999 masa buat final project. Tudia! lamanya. Kalo tanam pokok pelam, dah 10 kali kot dapat makan buah...hahaaa

Sebenarnya mungkin sebab dah besa pi Langkawi banyak kali dan faktor jarak yang dekat, maka kami tak rasa membuak-buak sangat keinginan untuk ke Langkawi lagi. Lagipun, ada apa kat Langkawi tu? Riuh rendah kakyam beli pinggan mangkuk arcopal ngan cekelat jar kan? heheee

Perjalanan kami bermula dari KLIA2. Ingatkan tak ramai atas flight sebab cuti skolah dah abes, rupanya ramai jugak kakyam pakat bawa keluarga dan anak-anak pi Langkawi. Yang lawaknya, sebaik duduk dan pakai tali pinggang dalam flight, tudia! bunyi snap phone camera sana sini. Pakat pulun amik gambaq atas flight...nak hupdate lar tu...owh my!


Syukur Alhamdulillah pilihan tempat penginapan kami adalah sangat sangat sangat tepat dan best meletop like best gilerrr. Kami memilih tinggal di kawasan Ulu Melaka. Kawasan kampung piang yang sangat indah, hijau, tenang, sunyi dan damai. Ada jugak kami survey resorts dan hotel di tepian pantai dan Pekan Kuah, tapi macam tak best jar di mata kami. Ada yang murah, terlalu murah, mahai dan terlalu mahai. Tapi terus terang percutian di Langkawi ini bukanlah berkonsepkan percutian pantai. Salah kami sebab sudah terbiasa dengan pantai-pantai cantik di sekitar pulau di Pantai Timur Malaysia dan Thailand yang jernih kebiruan dengan hamparan pasir putih mulus.  Jadi, pantai di Langkawi nampak macam biasa-biasa saja [pada kami]. Maka, holiday nie takdak aktiviti mandi pantai, naik bot, island hoping dan sebagainya. Enough of sun tanned. Kami sudah hangit.



Welcome to Fox Hill Langkawi. Fox Hill terletak di Kampung Teluk, Ulu Melaka. Kira-kira 15 minit memandu dari Pekan Kuah dan 15 minit memandu dari Pantai Cenang. Ianya terletak di tengah-tengah Langkawi. Lokasi sangat strategik namun cikjah must have a transport to move around. Cikjah bleh request airport transfer dari resort at RM20/way. Murah berbanding teksi tempatan. Teksi kat Langkawi mahai giless. Kalo cikjah datang ramai-ramai untung lar sebab bleh share tambang. Kalo seorang atau berdua, koyak poket...hahaa
Resort ini berhampiran dengan Makam Mahsuri. Hanya 5 minit perjalanan.

Jalan masuk ke Fox Hill
Dikelilingi oleh rimba hijau yang menyegarkan mata memandang, sawah padi yang terhampar luas dan suasana kampung yang harmoni membuatkan kami berasa cukup teruja. Sangat sangat teruja. Berada di Ulu Melaka seperti berada di Ubud, Bali. keterujaan kami tak dapat digambarkan. Happy!!!

Tidak terdapat banyak resort di Ulu Melaka dan kawasan sekitar dan tiada sebarang bentuk hiburan. Keadaan di sini sangat sunyi dan sepi. Jarang-jarang sekali melihat kenderaan di atas jalan raya yang lebar dan bersih itu. Di sini terdapat beberapa bungalow milik foreigners. Sama seperti Ubud. Fox Hill ini juga berjiran dengan Sunset Valley Resort. Tak jauh pun dalam 1km jar. Sunset Valley ialah lokasi penggambaran rumah Haris dalam Ombak Rindu. Mulanya kami bercadang tinggal di Sunset Valley, tapi mungkin rezeki kami di Fox Hill. InsyaAllah, next trip bleh kami stay di Sunset Valley plak. I've been there and it is a nice place too. 


Di sini hanya terdapat 6 rumah tradisional melayu. Dimiliki oleh Aunty Maria yang sangat friendly dan diuruskan bersama-sama Chef Zaid yang tangkas dalam segala hal. 



Kami memilih Tree Top house. Yeeehaa!!!
Pengalaman yang menarik. Namun,kalo cikjah datang ramai-ramai satu bas, tak muat dok sini, kena dok rumah lain lah...hehee



 Tree Top terletak bersebelah kebun getah. Siang dan malam memang sejuk.

Nyaman sekali




Dari tree top boleh lihat sunset dan gunung cable car. Kalo cuaca baik, akan kelihatan cable car sedang turun naik gunung dari kejauhan.


Sungguhpun treetop ini kecil dan selesa dihuni oleh 1-2 dewasa, namun ia sangat lengkap. Gel cuci tangan Dettol disediakan di sinki di dalam tree top. Pegi resort RM800/night pun takdak okey.


Tingginya!




Apa jua keperluan asas untuk sesebuah bilik hotel, sumernya ada di sini. Malah lebih dari itu. Ada pelbagai pilihan english novels. Suka! ada torch light, ubat nyamuk lingkar dan elektrik, ada adapter tempatan dan lain-lain. Paling respect ada air freshener. Cukup teliti.


Tersedia pinggan mangkuk, gelas, sudu dan kelengkapan untuk makan. 2 tuala mandi,2 tuala pool dan 4 tuala muka, 2 selimut extra, sejadah. Perfect.




Tersedia mini fridge, TV dan DVD player. Namun tiada siaran TV. Malam-malam tengok DVD dan pasang CD gamelan Bali saja. Ahhh! best sangat.


Air masak disediakan di dalam jag setiap kali urusan kemas bilik.



Tidur di tree top sangat selesa. Rasa macam tidoq di rumah tok kat kampung. Letak kepala terus lena. Memang pengalaman indah. Sekali sekala dikejutkan oleh bunyi unggas di hutan. Malam pertama suspenn jugak sebab tengah-tengah malam bunyi hewan lompat-lompat atas bumbung. Rupanya tupai dan monyet. Malam-malam seterusnya tak sempat mimpi sebab tidoq nyenyak sangat.



Kerana namanya Tree Top, maka tiada ruang untuk bilik air di atas pokok...hahaa
Bilik air tersedia luas dan bersih di bahagian bawah. Hot water available. Shower best giles. Amenities di dalam bilik air agak mewah pada kami. Shampu Pentene with conditioner botol besar dan gel mandian Dettol botol besar okay.


Kalo malam, kami kena plan betul-betul kalo nak ke bilik air. Kalo pukul 2, 3 pagi nak pipi takut jugak nak turun pegi bilik air...hahaa
Tapi takdak apa pun, imaginasi saja sebab memang dasar penakut.


Di sekeliling resort penuh dengan pelbagai pokok. Antaranya pokok jangguih. Wah! petik sket buat ulam.


Cer cikjah abaq mai sat, rasa apa bila tengok gambaq kami yang awesome nie? Awas! cikjah, sekarang bulan posa...hahaaa

Kami bungkus lauk gulai ikan, sambal petai dan udang, ulam dan sambal belacan makan kat balcony tree top. Owhhhlalaaa. Terbaik!

Tidak digalakkan makan di dalam bilik - khuatir bau makanan mahupun sisa makanan menarik unggas di hutan. Namun,  kalo makan, sila pastikan kebersihan terjaga. Selepas makan sila basuh pinggan mangkuk sendiri [alatan membasuh disediakan]. Sisa makanan di bungkus kemas dan buang di dalam tong sampah.  Sampah kami ikat dan buang kat tong besar tepi jalan nun...hahaaa
Ingat cikjah, prinsip kita ialah jaga adab dan kebersihan sepanjang masa.


Kebetulan ketika kami berada di Langkawi pada June 2014, ia adalah musim buah-buahan tempatan. Memang siok giless. Kami dibawa ke satu dusun buahan milik persendirian dengan bayaran minima. Makanlan sepuas hati. Nanti kami citer kat entry yang lain okay. Tak puas makan, kami bungkus plak buah rambutan dan durian bawa balik resort...hahaa


Swimming pool di Fox Hill. Memang best ahh...fenat ronda-ronda naik motor dalam cuaca panas terik, balik petang mandi pool. Nyaman!


Gazebo berhampiran swimming pool


Selain Treetop, Fox Hill mempunyai 5 lagi rumah kampung yang sangat unik. Ini adalah rumah Amin.
Rumah-rumah di sini dinamakan sempena nama anak-anak Aunty Maria. So sweet.


Suasana desa begitu ketara di sini. Sunyi, damai dan tenang sekali. Kami berasa sungguh selesa dan gembira!


Rumah Suria. Terletak berhampiran pintu masuk resort.
Rumah Arfah [sempena nama Aunty Maria]. Juga terletak berhampiran pintu masuk resort.
Rumah ini sesuai untuk OKU dan warga emas. Selesa sekali. Ada TV dan astro.


Fox Hill juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta. Terdapat a few cars untuk dijadikan pilihan. Namun, kami lebih selesa memilih motor sebab lebih mudah dan lebih feel untuk kami teroka kawasan sekitar yang hebat ini. Jika cikjah datang bekeluarga, mungkin kereta adalah pilihan terbaik.


Ini adalah Rumah Makan. Sarapan akan disediakan di sini setiap hari. Pakej penginapan hanya termasuk sarapan pagi. Namun, lunch dan dinner boleh disediakan oleh Chef Zaid di atas permintaan dengan bayaran minima.


Sarapan pagi di sini adalah sederhana sahaja namun cukup, sedap dan mengenyangkan. Menu berubah-ubah setiap hari.



Antara menu sarapan pagi kami. Roti canai yang sangat lazat! Shumpah lazat. Roti canai melayu dengan kuah yang sangat lazat. Mengikut pengamatan kami, nasi lemak bukanlah makanan atau snek yang mudah dicari di Langkawi. Tak seperti di KL. Sumer kedai dan setiap sudut ada nasi lemak. Nak jumpa orang jual nasi lemak tepi jalan pun susah. Agak pelik sebab nasi lemak yang dihidangkan ini berkuah kari dan bukan sambal seperti kebiasaan.




Oleh kerana hanya sarapan pagi termasuk di dalam pakej, maka kami kena pandai-pandai cari sumber makanan...hahaa
Sebab tu agak penting untuk cikjah mempunyai transport jika menginap di sini. Namun, jangan risau. Masih terdapat pilihan. Cikjah masih boleh minta pihak resort sediakan makanan dengan bayaran minima. Jika ikut cara kami, kami vroom ke sana sini dengan motor. Sumer pasar malam sekitar Langkawi kami pegi. Memang best giles! Kami packed makanan dan balik makan di resort. Huh! memang pengalaman terbaik. Di Fox Hill, tetamu digalakkan makan di Rumah Makan. Semua kelengkapan ada di sini. Malah, jika nak masak sendiri pun boleh. Hebatkan!

Sate sedap, bihun sup sedap, cucur udang kuah kacang sedap!


Lepas makan, jangan lupa kemas dan basuh pinggan okay...hahaa
Di sini, kami berasa seperti di rumah sendiri. Selesa. Kalo takmo kemas, jangan lupa bawa bibik sendiri datang sini.


Di atas Rumah Makan, terdapat ruang menonton TV dan bercanda ria. Kalo malam-malam atau bila-bila saja terasa nak tengok TV, datang lar ke Rumah makan.



Ada library. Macam-macam english novel ada di sini. Best!



Fox Hill is a cat friendly resort. Alorr lorr lorrr...tomeinya dia!
Ini antara a few resident cats yang ada di sini. Cats come and go. Smoga murah rezeki kepada sesiapa saja yang menjaga dan menjamu makan kucing-kucing terbiar. Amin.


Kiri: Oren
Kanan: Meme




Kucing-kucing di sini sangat friendly. Oren ikut balik bilik. Bukan main dia! tidoqq tak sedaq abaq atas katil dalam bilik aircond...hahaaa


Ini Ah May. Kucing paling gojes di Fox Hill. Malu-malu kucing and a bit eksen. Lepas kami jamu makan sate ayam dua cucuk, terus jadi kawan....hahaa
Ah May menguap tak tutup mulut. Aaumm!



Meme posing manja




Ini plak Princess. Kucing Aunty Maria. Memang diva abes nie. Jarang-jarang skali nampak Princess turun jalan-jalan kat kawasan bawah resort. Princess setia menemani tuannya nun di atas bukit.

Jalan raya di sekitar Fox Hill
Seperti yang kami katakan awal tadi, Ulu Melaka ialah suatu kawasan kampung yang sungguh mendamaikan. Di kelilingi sawah padi dan kebun getah. Jalinan jalan raya yang baik dan agak sunyi.

My favourite! Jarang-jarang sekali kelihatan kenderaan di atas jalan raya.



Well cikjah, inilah coretan kami pasal percutian menarik di Fox Hill, Langkawi. Keseluruhannya kami sangat berpuas hati and will always remember this holiday. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan ke sini lagi. Aunty Maria did promise me something yaww! WeeEeee....heheee

Till then, more stories about Langkawi in the next entries, insyaAllah.



Ramadhan di kampung

$
0
0

Alhamdulillah. Kami berkesempatan pulang berpuasa bersama keluarga di kampung. Best sangat!


Siap sedia hangkut bawa balik baju raya dan kuih raya untuk orang kampung...hahaa
Senang masuk kotak semua. Selain baju raya dan biskut raya, dalam kotak tu juga ada kerepek raya...hahaa
Siap pesan kat ticketer tu kotak nie super fragile. Alhamdulillah, sumer barang selamat. The box was handled with extra care. Tenkiu Fireflyz!


SubhanAllah! Cantiknya negeri kami Kedah! heheee...orang negeri lain jangan jeless okay.
Sekarang memang musim padi tengah menghijau di sekitar Kedah. Awesome sangat!




Macam karpet raya! hahaaa


Hari pertama di kampung, kami iftar di rumah kekanda. Owh tidak!!! Lihatlah kehebatan gambar ini...hahaa
Kekanda masak nasi daging meletop! Memang meriah buka puasa di kampung. Suka!


At my kekanda's backyard. Cantik betul sawah padi sekarang nie.



Selain pulang berpuasa dan iftar bersama keluarga, tujuan lain ialah untuk membersihkan rumah Ayahnda.  Sesudah subuh, kami terus ke kubur. Takut kalo lambat-lambat nanti matahari dah naik. Hangat lit-lit kat Kedah sekarang nie. Hangatnya memang luar biasa. Kami start pukul 7pagi sampai pukul 11am. Fuh! Puas hati dan dahaga [hahaaaa....sket jar].


Rumah Bonda kami dah siap kemas. Dah cuci peti ais, dah cuci bilik air. Langsir sumer dah cuci dan gantungkan langsir baru. Barang-barang dapur untuk raya sumer dah siap beli.  Baru lah senang hati. Sekarang giliran rumah Ayahnda pula. 


Bersemangat! Rumput tebal hingga mencecah 5 inci. 


 Tudia! sampah terkumpul. Pesanan kami untuk cikjah, jika bersihkan kawasan kubur, mohon jangan lupa bawa plastik sampah bersama. Ikat elok-elok dan buang di tempat sampah. Janganlah cabut-cabut rumput atau sapu daun pastu longgok kat tepi kubur orang lain plak. Tak baik okay.


Dengan cuaca panas, malam lepas teraweh memang kick abes dapat makan ais kacang. Believe it or not Cikjah, ais kacang nie harganya seringgit? owh my! Sedap plak tu. Ishh...

Gaya baru packaging Puding Karamel. Nampak lebih kemas dan bersih

Salah satu keajaiban berpuasa di kampung ialah Bazar Ramadhan-nya. Memang best giless. Makanan sedap, bersih dan murah. Nak parking pun senang.

Gulai batang pisang yang cuma ada setahun sekali. 

Selalunya gulai ini dimasak bersama daging. Lazat!

Ikan pekasam goreng live. Mahal jugak sebab mungkin sekarang bukan musim ikan sungai.
Susah nak dapat ikan sebab musim panas kemarau.
Harga empat ekor ikan pekasam belum goreng ialah RM7. Mahaii kan

Cucur udang kuah kacang. Memang hanya terdapat di Kedah...hehee

Rempah basah. Segala macam rempah sumer ada. Untuk sekali masak, harganya RM2


Inilah yang paling top dan berada di carta nombor satu kalo di Kedah ketika bulan Ramadhan.
Ulaman segar untuk nasi kerabu. Yeyy!!
Seikat cuma RM1. Pelbagai jenis daun ulam kampung berserta serai dan lengkuas di dalam setiap ikatan. Memang complete. Balik hiris halus-halus saja.

Partner untuk nasi kerabu atau nasi ulam ini ialah sayur keladi. Terkejutnya kami bila melihat batang keladi yang sudah siap disiang dijual dengan harga RM2/bungkus. Super cheap! Paling takjub dah siap siang. Confirm tak gatai. Tak payah nak renyah-renyah balik rumah nanti. Memang hebat lar orang Kedah ni. Aww!
Kalo kat KL, batang keladi dijual tanpa siang. Paling takut kalo dapat keladi gatai. Uh! Kami dah penah kena. 

Sebab tak tahan, kami beli 5 ikat ulaman nasi kerabu dan 2 bungkus batang keladi siap siang bawa balik KL. Tahan lebih kurang 3 hari jugak. Maklumlah, kena tunggu weekend baru bleh masak. Syaratnya jangan kena air. Keladi tak perlu dibasuh sehinggalah bila nak masak. Kami simpan dalam peti ais. 


Inilah hasilnya bila kembali ke KL. Dua kotak! Ada macam-macam dalam kotak tu. Ada rempah ratus, ulaman kampung, batang keladi, kerisik dan sebagainya. Memang best ahhh!


Minuman hebatt lazatt

$
0
0

Salam & good day to all cikjah!
Amacam raya? Best??
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Lama kami tak bual-bual kat sini. Today kami nak share resepi smoothies mudah, lazat dan sihat berkhasiat. Ini adalah antara bekal favourite kami sehari-hari ke tempat kerja. Kalo tak sempat atau malas lunch kami minum nie saja. Kenyang!


Tak perlu pusing-pusing. Guna apa saja yang ada di dalam peti sejuk atau di rumah. Antara bahan kegemaran kami ialah carrot, mangga masak, timun jepun, yogurt, madu and a pinch of salt. 
Kalo nak tambah pisang pun boleh. Tapi untuk makluman cikjah, pisang dan mangga adalah agen pemekat. Kalo boleh gunakan salah satu saja. Kalo nak campur dua bahan ini, pastikan dalam kuantiti sederhana. Nanti terlajak pekat plak...hehee

Bahan yang digunakan akan menentukan samada it is a healthy smoothies or a bad one. Be careful!


Selain itu boleh juga gunakan sayuran seperti basil, pegaga, pelbagai salad dan sebagainya. Enak!
Jangan lupa tambahkan sesudu kecil Chia Seed or Flexseed. Ianya sangat baik untuk kesihatan dan Chia Seed berupaya membuatkan cikjah rasa kenyang dalam tempoh yang lama.



Bahan-bahan mesti lah di potong kecil supaya mudah kerja-kerja mengisar. Kami gunakan pengisar Blend & Go.  Mudah dan pantas sekali.

Campurkan semua bahan. Kami Menggunakan kaedah 50% madu + 50% gula atau 50% madu + 50% kurma. Fuhh!!! yummy!


Masukkan air sejuk. Jika suka boleh tambah beberapa ketul ais kiub.
Boleh juga gantikan air sejuk dengan susu atau jus buahan.

Nota: Jika menggunakan jus buahan, omit sugar/madu kerana jus sudah manis and remember that fruit juice contains lots of sugar! No good okay...Wink!


Kisar hingga halus. 


Siap! Tutup dengan penutup dan terus ke pejabat. 


Atau, kita minum dulu!


Mygarden journal 280814

$
0
0

Salam cikjah,

Meh sini tukang kebun nak share satu gambaq hebat....heheee [hebat ka?]

Nie pokok Bird's Nest Fern milik tukang kebun yang dijaga dari baby kecik potett. Asal usul tumbuh sendiri menepett kat pokok bunga raya di taman sari tukang kebun. Menepett punya menepett sampai mati pokok bunga raya tu....alahai. Tapi pokok bunga raya tu memang dah lanjut usia dan tak brapa cergas. Tukang kebun redho.

Sebab pokok nie terlalu besaq, tukang kebun pindahkan ia ke lokasi lain beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah. Tiada pula ia terkejut kujat, malah membesar dengan baik sekali. Tiada penjagaan istimewa untuk pokok ini. Sekadar siram dan baja seperti pokok biasa.

Yang penting dalam gambaq tu tak nampak perut tukang kebun kan? Ahaks! selimmmm lar tu maksudnya....hahaaa



Viewing all 295 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>